Sebab dan punca bibir kering

Bibir saya selalu kering terutama waktu cuaca panas. Bila kering akan ada pecah. Pedih juga bila bibir pecah. Tadi Dr Zubaidi ada share di fb nya tentang bibir kering. Simpan sini untuk rujukan sebab-sebab berlakunya bibir kering.

APAKAH PUNCA BIBIR KERING?




Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibatkan bibir seperti senyuman, makan dan ketika bercakap. Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese. Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit. 

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Tanpa disedari makanan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering. Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

Sumber : Dr Zubaidi

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. nice entri :D btw saya follow sini #63 mind followback if free ya :D

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terlepas dari masalah bibir kering ,mungkin sebab kerja hanya didlm rumah, bolehlah kerap minum air. Perkongsian yg menarik. Tahniah..

    BalasPadam
  3. Good sharing. Alhamdulilah takda masalah ni

    BalasPadam
  4. selain minum air yang banyak, penggunaan lip balm atau vaseline juga bagus pd bibir untuk mengelak kan bibir kering, merekah dan luka

    BalasPadam
  5. saya antara salah seorang yang selalu menghadapi masalah bibir kering ni...bukan cuaca panas aje, tiap masa..hahahah..memang kena minum banyak air..

    BalasPadam