Maksud serve no pork - Elakkan dari syubhah, yang haram tetap haram



SERVE NO PORK

Nasihat saya kepada yang beragama Islam sahaja yang suka makan di tempat yang tertulis "serve no pork" hati hati lah jangan ambik mudah. Betul, menu makanan dan minuman tiada babi, tetapi kamu yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk mengoreng dan masak babi?


Pengalaman saya sendiri bekerja di restoran cina sebelum masuk Islam, dia kata serve no pork tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri.Ayam dan daging dah tentu tidak halal, dah bukan Islam yang sembelih😂

Lagi satu, jangan ingat ada staff bertudung terus kamu cop tu kedai halal. Pengalaman saya sendiri juga di sarikei dulu, tauke ambik pekerja Indonesia Islam bekerja di restoran.Hari pertama bekerja, staff Indonesia tu kata dia tidak makan babi dan haram bagi Islam, tapi tu tauke boleh gelak cakap " u jangan makan babi lah, ada ayam" tapi kuali dan sudip di gunakan tempat goreng babi.

Kamu tahu, rahsia mee cina sedap kebanyakkan menggunakan minyak babi.Pastikan betul betul ada logo halal yang di sahkan oleh jakim baru masuk.

Kejadian ni saya sendiri pernah rasa beberapa tahun lepas. Tempat viral. Bawa suami dan anak anak makan ke sana. Orang cakap halal. Nasib saya punya oder sup Tom yam (serve no pork) dulu sampai di meja, sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli. Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan. Start dari tu saya tidak masuk dah kedai bukan Muslim kalau tiada logo halal.. Kenapa saya boleh tahu??Lapan belas tahun kot saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi tu boleh hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.

Bukan nak menakutkan sekurang kurangnya benda yang saya tahu, saya share nanti di akhirat tiada siapa cari saya sebab tak bagi amaran.Kira bahagian saya dah selesai sekarang. Kamu percaya atau tidak terpulang, janji niat saya tersampai.

Hanya untuk Muslim sahaja ya, kawan kawan yang bukan Islam jangan marah sebab tu babi memang makanan anda tetapi haram bagi umat Islam.

- FB Allyssia Affandi

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. betul, no pork xbeerti halal....teringat masa kt luar, jenuh baca ingredients...

    BalasPadam
  2. selalunya mmg tak akan mkn tempat yg tulis gitu, bila dh was2 lbh baik tinggalkan

    BalasPadam
  3. Allahu semoga dijauhkan. Mrs. A kalau was-was pun takkan makan dan masuk sesuatu restoren tu walaupun nampak ramainya orang islam yang makan.

    BalasPadam