Surah2 dari ayat suci Al-Quran sememangnya sangat elok diamalkan oleh semua orang termasuk bagi ibu-ibu hamil. Ia dapat memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi didalam kandungan.
Insyallah jika tiada aral melintang cikguzim bakal menerima ahli keluarga baru hujung tahun nanti. Jadi saya nak kongsi surah terpilih yang berguna untuk membentuk akhlak bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
Kita hanya berusaha Allah sahaja yang menentukan. Haritu saya pernah lihat video di youtube bayi 2 tahun yang pandai membaca dan mengahafal surah Quran. Ibunya berkata sering membaca dan menghafaz Quran sejak dari dalam kandungan lagi.
Rujuk video ini.....
Pembaca yang budiman boleh google lebih terperinci bagaimana cara ibu bapa tersebut membentuk anaknya sejak dari kandungan lagi.
Jika dijadikan amalan, insyaAllah dapat mendatangkan pelbagai kebaikan bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi juga pada masa akan datang.
Jom kita semak surah2 amalan ketika mengandung.
1.Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan kuatkan daya ingatan
2. Surah Yusuf
Untuk dapat anak yang cantik rupa dan akhlak
3. Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
4. Surah Luqman
Untuk peroleh anak yang cerdik akal dan jiwa
5. Surah Maryam
Untuk peroleh anak yang taat dan setia serta memudahkan ibu bersalin
6. Surah At-Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
7. Surah Hujurat
Untuk banyakkan susu ibu dan anak bersifat hati2
8. Surah An Nahl
Untuk lahirkan anak yang berdisiplin
Sebenarnya mana-mana surah pun bagus khasiatnya untuk dibaca samada oleh ibu yang mengandung itu ataupun dibaca oleh bapanya sambil dibisik pada perut si ibu.
Sekarang tekonologi sudah canggih, boleh dipasang bacaan Quran mp3 pada telefon, pada mp3 tv, laptop dan sebagainya yang boleh diperdengarkan sepanjang hari oleh ibu mengandung. InsyaAllah anak yang bakal lahir nanti sihat sempurna dan baik akhlaknya.
Jadi boleh tak sekiranya pembaca yang budiman tolong aminkan supaya anak yang dilahirkan nanti;
Baik akhlaknya, sempurna sifatnya, mudah diuruskan, berbakti kepada ibu bapa, lembut hati dan ringan tulang, rajin solat dan membaca Quran, berbakti kepada bangsa dan agama dan lain2 sifat dan akhlak yang baik...
Catat Ulasan
5 Ulasan
tq sharingnya..
BalasPadamTahniah..
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi ilmu terutama kepada bakal ibu dan ayah..
BalasPadamInfo yang bermanfaat
BalasPadamwah terbaik cikgu =)
BalasPadam