Tips ibu bapa urus anak kecil di hari raya


Bila balik raya ke kampung membawa anak kecil, pasti banyak karenahnya. Di sini ada beberapa tips yang dibawa oleh Ibu Rose bagi mereka untuk menguruskan anak kecil di hari raya.

Bila anda berkumpul berhari raya di rumah mak ayah, tentunya perlu banyak toleransi diantara anda. Kalau dulu anda hanya diri kita, tapi sekarang anda sudah ada anak-anak.

Apatah lagi bagi yang ada anak-anak kecil yang masih belum tahu bertolak-ansur. Hati ibu bapa yang mana yang tidak akan sedih melihat anaknya dipukul dan dibuli sepupu.

Dalam masa yang sama, ketahuilah juga, ramai ibu bapa yang mulia hati mereka dan berasa sedih bila anak-anak mereka suka menyakiti kanak-kanak lain walaupun telah diberitahu,dimarah, dihukum dan disyarahkan, namun, anak mereka tetap juga melakukan perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak suka.

Maafkan Anak Kecil

Disarankan untuk kita lebih berhati mulia dan memaafkan dan membantu anak-anak kecil itu untuk memahami bahawa perbuatannya itu tidak baik. Gunakan kelembutan kasih-sayang dan ketegasan kasih-sayang juga.

Jika Belum 4 Tahun

Ketahuilah bahawa jika anak itu masih belum berusia 4 tahun, memang mereka belum bijak bergaul. Kerana skil bergaul hanya mula berkembang pada usia 3 tahun. Oleh itu anda mungkin akan melihat ada anak-anak yang berusia 3.5 tahun, masih belum pandai bergaul. Masih suka membolot toys dan merampas toys orang dan memukul kawannya itu kerana tidak mendapat toys itu.

Beritahu Anak Anda Berkali-kali

Jika anda ibu bapa anak ini, PERLU untuk anda memberitahu anak anda berkali-kali dan setiap kali dia melakukan perbuatan itu bahawa ianya tidak baik. PERLU memberitahu bersungguh-sungguh! Samada dia faham atau tidak itu hal yang kedua.

Ajar Anak Minta Maaf

Kemudian, ibu bapa itu perlu mengajar anaknya itu untuk meminta maaf kepada kawannya. Walau apa pun alasannya, anak itu perlu diajar meminta maaf.

Ibu Bapa Tujuk Contoh Minta Maaf

Sebagai ibu bapa, anda juga perlu meminta maaf dengan ikhlas. Keikhlasan anda inilah yang mengajar anak-anak kecil anda untuk berbudi-bahasa dan belajar bertimbang -rasa dengan orang lain.

Bila Anak DiRampas Barangnya

Bagi anda yang anak-anak dirampas toys dan dipukul kawan-kawan mereka, janganlah membiarkan sahaja anak anda diperlakukan demikian. Anda perlu membantu mengelakkan keadaan. Anda perlu mengajar dengan lembut kawannya untuk tidak mengasari dia. Ini mungkin payah sikit, namun usahakanlah dengan kelembutan kasih-sayang.

Sambut dengan Ikhlas

Dan bila anak yang bersalah itu dan ibu bapanya meminta maaf, sambutlah dengan ikhlas.

Anak Perlu Masa Untuk Faham

Kita perlu faham, anak-anak memerlukan masa untuk pandai bergaul dan bertoleransi. Dan mereka belajar dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka.

Jika Melebihi 5 Tahun

Jika anak itu sudah melebihi 5 tahun tapi masih suka merampas dan membuli anak-anak yang kecil, maka perlulah dia didisiplinkan dengan lebih ketat. Kemungkinan, dia tidak biasa bermain dengan anak-anak yang lain kerana dia anak tunggal dan sebagainya. Namun, dia perlu diberitahu dengan lebih tegas untuk tidak menyakitkan anak-anak dan kawan-kawannya. 

Bila berkumpul, tentunya bermacam kerenah. Namun, belajarlah menghormati perasaan satu sama lain.


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sayang berhari raya dengan lebih baik. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. tips yg sgt berguna sbb abam kie pun masih ada seorang anak kecik berumur 3 thn lebih. kena selalu awasi dia takut pecahkan brg2 di umah org.

    BTW, abam kie dah letakkan blog zim di bloglist. Thanks for sharing.

    BalasPadam