Masih lagi mood raya, tradisi kunjung mengunjung terus diamalkan bukan saja dari rumah ke rumah namun boleh juga beraya dari blog ke blog.

Jadi sempena raya ni saya ingin mencari sahabat bloglist memandangkan saya nak kembali aktif berblogging sambil berkongsi ilmu dan info sebanyak mungkin. 

Antara kelebihan tukar bloglist ni selain menyebarkan ilmu bermanfaat, dapat berkenal kenalan, dapat juga tingkatkan trafik blog. Trafik meningkat maka meningkatlah pendapatan sampingan kita sambil berblog. Bagi cikguzim itu sekadar bonus, yang penting bagi saya, amat rugi kalau kita tak gunakan smartfon kita ni untuk mendapatkan 'income' pahala berterusan dengan hanya di hujung jari dengan menyebar ilmu dan info.

Sedikit info blog cikguzim ni purata trafik adalah sekitar 350 unik visitor sehari. Masih banyak perlu diperbaiki dari segi teknik seo dan pengisian blog.

Jadi untuk sesiapa yang nak join bloglist cikguzim, boleh tinggalkan komen untuk join, komen dan beritahu anda telah letakkan blog saya ke bloglist anda dan kemudian saya akan masukkan blog anda ke bloglist saya. Semudah itu jika ada kesudian.

Ok selamat beraya dan selamat menyambung pergi ke runah terbuka. Jangan lupa jaga pemakanan dan kesihatan. 

P/S  : Saya ada rm1 anda ada rm1, kita tukar sama2 dapat rm1. Tapi jika saya ada 1 ilmu, kamu ada 1 ilmu, kita tukar sama2 dapat 2 ilmu. Jom kongsi ilmu...😊