Kenapa rakyat Malaysia antara tergemuk di dunia?



Ramai yang give up dengan program lose weight dan malaysia kekal sebagai antara negara tergemok dunia. Boleh google tentang negara2 yang mempunyai ramai penduduk obes.


Walaupun gym banyak, program kurus berlambak-lambak dan supplement ibarat pisang goreng panas. Penyertaan pun banyak, tapi persekitaran Malaysia yang dipenuhi makanan yang berlemak, berminyak dan manis antara penyebabnya. Selain itu banyak sebab yang lain....

Antara Sebabnya????

1. Perubahan drastik

Merubah secara drastik berat yg bertahun lama obes dalam masa sebulan dua. Memberi kesan kpd psychology dan fizikal pelaku. Fizikal mengecil tetapi kurang bermaya. Psychology lagi terkesan. Aku ni nak sihat ke nak sakit (lemah).

2. Terikut2 budaya lain

"Nak lose weight ko kena cut gula, garam dan minyak. Jangan ambik terus. Cuma boleh makan rebus2 bakar2 dan kukus2". Inilah realitinya. Budaya pemakanan malaysia tidak begitu. Lahir2 dikenalkan dengan makanan yg berasa gula garam dan minyak. 20-30 tahun hidup begitu. Logik ke nak terus buang segalanya utk sebulan dua? Betul, ramai yang turun berat badan dalam sebulan dua tapi menjadi lebih gemuk pula selepas itu.

3. Terlalu banyak membaca tiada analisa

Membaca jambatan ilmu. Yg menjadi masalah apabila terlalu banyak membaca sehingga tidak mampu membezakan yg mana satu terbaik. Mudah kata tiada kemampuan utk menganalisa maklumat secara tepat dan tuntas. Baca diet keto, lepas tu atkins, lusa baca suku2 sparuh2, tulat baca pulak kalori, dgr lisa surihani buat IF ko pun terikut sama. Sampai kesudah dicuba 1 per 1. At last usaha jadi ke laut.

4. Guru oh guru

Pemilihan guru adalah yg terpenting. Kerana guru lah yg akan mencorakkan perjalanan lose weight anda. Kalau gurunya mengamalkan keto. Maka keto lah. Kalau atkins, maka atkins lah. Semuanya terpulang pd guru. Guru org malaysia tp amalan diet ikut western. Maka mengempislah dompet anda terlebih dahulu. Nak beraya dan berkenduri pun menjdi halangan buat diri. So pilihlah guru yang betul2 faham dengan pemakanan setempat dan budaya pemakanan anda sendiri. Kerana diet adalah bersifat individu bukan umum. Jika perlu keluarkan duit, maka apa lah sgt duit tu untuk kesihatan seumur hidup anda.

5. Diri sendiri

Semua dah tersedia, hanya diri yang menjadi pemula. Tengok sekeliling, analisa dan buat keputusan. Jadi gemok takda masalah pun. As long as gemuk yang bila berjalan tidak mengah, bila solat tidak sakit lutut, bila bercakap tidak tercungap cungap. Tapi sampai bila?

Jom jadilah rakyat Malaysia yang lebih sihat..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Rasanya faktor persekitaran yang menjadi masalah utama. Contohnya, kalau berkunjung ke rumah orang tapi makan sikit, nanti orang ingat makanan tu tak sedap sebab tu kita tak sudi nak makan. Ada yang akan terasa hati kalau kita makan sedikit je makanan yang dihidangkan. Lagipun bukan senang nak ubah cara masakan yang kita amalkan sejak kecil lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faktor persekitaran ni yg utama...org mkn kita ikut mkn..mkn sama kembang pn sama2 😂

      Padam
  2. saya rasa punca utamanya adalah makanan kat malaysia semuanya sedap-sedap! tambah2 pula time perayaan macam hari raya, semuanya sedap lepas tu tiap2 hari pulak rumah terbuka, mana tak gemuk? haha ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap2 mkanan malaysia ni tu yg ssh nk elak hehe

      Padam
  3. abe kie dah mengamalkan cara hidup sihat slps masuk wad hari tu. x nak perkara lama berulang lg. kena amalkan pemakanan n cara hidup sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Smg sntiasa sihat abam kie..truskan jg pemakanan

      Padam
  4. Sebab utama tak bersenam tapi makan banyak mcm aku ni 😂😂

    BalasPadam
  5. Ahaaa tempat kita mewah dengan makanan. Itu yang sampai tak punya masa nak bersenam nak-nak orang buat open house setiap masa camni lagilah

    BalasPadam