Pernah makan daging arnab? Macam mana rasa daging arnab? Sedap ke daging arnab? Macammana cara nak sembelih arnab? Haaa ini dia tutorial masak arnab panggang bergambar. Berikutan haritu saya ada terbaca cerita tentang arnab panggang di bazar Ramadhan, jd saya nakk share sikit cara masak arnab. 

Sikit je beza dari ayam, rasa daging arnab liat-liat sikit berbanding ayam yang rapuh dagingnya. Pastikan pilih arnab muda lain la gigi anda kuat nak mengunyah nanti. Masalah sekarang cuma sanggup tak sanggup je sebab akan terbayang kucing.

Thanks to model cilik Naurah dan thanks to arnab-arnab uwan

Beri makan dulu, luangkan masa dengan arnab tu seketika

Pilih arnab yang muda, time ni la rasa kesian sebab bila nak tangkap, dia tak lari sangat mcm menyerah diri jer =(

Ok ini dia jadi bakal ahli syurga. Time ni lagi rasa kesian. Pastikan dah asah pisau tajam-tajam supaya mudah urusannya sekali lalu sahaja. Pisau yang tumpul menyeksa binatang.


(Gambar telah di sensor supaya takde yang lemah semangat nak tengok macam kucing pulak kan).

Selamat disembelih. Pastikan diurus 2 orang untuk proses sembelih. Sorang pegang sorang sembelih. Pegang keempat kakinya, meronta kuat juga tu.heheh 

Alhamdullillah selamat disembelih..  Tapi ye la kesian. Moga bertemu kembali di syurga wahai haiwan halal yang cute. 

Gantungkan leher dengan tali supaya proses membuang bulu arnab mudah. Siatkan kulitnya guna pisau. Toreh sikit2 sampai baju dia tanggal.

Ok siang macam biasa, kenangkan macam ayam. Pasti ok jer.

Dan boleh dimasak ikut citarasa, saya buat arnab golek.

Yummy

Boleh dihidangkan panasss

Dan selamat masuk perut. Arnab tadi dah selamat menjadi tanah2 di syurga.

Selamat mencuba, persoalannya, anda sanggup makan tak? Heheheh