Cara atasi anak pelat


Anak di katakan pelat bila menyebut makan sebagai maman...ikut sebagai itut...sakit sebagi tatik , roti sebagi oti, kakak sebagai tatak dan sebagainyanya lagi.

Masalah lambat bercakap dan masalah pelat adalah dua perkara yang berbeza. Adakalanya percakapan pelat anak langsung tidak dapat di fahami oleh orang dewasa?

Pelat bagi anak bawah dua tahun adalah agak normal sebab perkembangan bahasa anak tak sama. Namun jika anak masih bercakap pelat bila umur dan 4 tahun, ibu bapa perlu peka dan bertindak dan rujuk lah ke hospital utk berjumpa pakar pakar tertentu.

Kadang pelat ni ada kaitan dengan organ organ dalam mulut kanak seperti lidah pendek, sumbing, lidah lebih lebar dan sebagai yang sememangnya perlu di kesan oleh pihak doktor...ambillah langkah kerana jika tidak di rawat ia boleh membawa kepada kesan jangka panjang

Tips mudah atasi anak pelat ;

1. Penggunaan kamus bergambar adalah antara cara mudah yang boleh dilakukan oleh ibubapa di rumah bagi membantu anak anak yang pelat.

2. Fokus. Maksud saya nak  anak ajar perkataan yang mula dengan huruf k, maka fokuslah pada perkataan yang mula huruf k sahaja koko, kaki, kayu, katil, kuda.....dsb.

Jangan campur campur huruf misal ajar kaki, saji, milo, nasi, baju....anak lagi keliru

Pekalah dengan cara anak anak bertutur.

Tips bermanfaat ini saya share dari Dr Mahani

Catat Ulasan

0 Ulasan