Sedap ke daging arnab? Ini cara untuk sembelih, siang dan masak daging arnab


Pernah makan daging arnab? Macam mana rasa daging arnab? Sedap ke daging arnab? Macammana cara nak sembelih arnab? Haaa ini dia tutorial masak arnab panggang bergambar. Berikutan haritu saya ada terbaca cerita tentang arnab panggang di bazar Ramadhan, jd saya nakk share sikit cara masak arnab. 

Sikit je beza dari ayam, rasa daging arnab liat-liat sikit berbanding ayam yang rapuh dagingnya. Pastikan pilih arnab muda lain la gigi anda kuat nak mengunyah nanti. Masalah sekarang cuma sanggup tak sanggup je sebab akan terbayang kucing.

Thanks to model cilik Naurah dan thanks to arnab-arnab uwan

Beri makan dulu, luangkan masa dengan arnab tu seketika

Pilih arnab yang muda, time ni la rasa kesian sebab bila nak tangkap, dia tak lari sangat mcm menyerah diri jer =(

Ok ini dia jadi bakal ahli syurga. Time ni lagi rasa kesian. Pastikan dah asah pisau tajam-tajam supaya mudah urusannya sekali lalu sahaja. Pisau yang tumpul menyeksa binatang.


(Gambar telah di sensor supaya takde yang lemah semangat nak tengok macam kucing pulak kan).

Selamat disembelih. Pastikan diurus 2 orang untuk proses sembelih. Sorang pegang sorang sembelih. Pegang keempat kakinya, meronta kuat juga tu.heheh 

Alhamdullillah selamat disembelih..  Tapi ye la kesian. Moga bertemu kembali di syurga wahai haiwan halal yang cute. 

Gantungkan leher dengan tali supaya proses membuang bulu arnab mudah. Siatkan kulitnya guna pisau. Toreh sikit2 sampai baju dia tanggal.

Ok siang macam biasa, kenangkan macam ayam. Pasti ok jer.

Dan boleh dimasak ikut citarasa, saya buat arnab golek.

Yummy

Boleh dihidangkan panasss

Dan selamat masuk perut. Arnab tadi dah selamat menjadi tanah2 di syurga.

Selamat mencuba, persoalannya, anda sanggup makan tak? Heheheh

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ekstrim betul gambar-gambar ni cikgu..huhu..time saya belajar journalist dulu, tak boleh siar gambar lebih kurang macam tu sebab kira no ethic..memang sedih dan kesian nengoknya,,sebab rabbit kan biasa kita bela sebagai pets..next time hati-hati upload gambar dlm blog ya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh btl apa yg cikmatahariku ckp tu..sy bru trsedar mngkin stgah org xleh tgk kan...sy akn edit smula ..tq pesanan ya hehe

      Padam
  2. Bestnya... Dulu² family fiza pun menternak arnab. Bila nenek meninggal, macam dah tak terjaga dah. Masing² sibuk kerja. Tiba² teringat. Walaupun menternak arnab, tapi fiza tak reti nak makan. 😂😂😂

    BalasPadam
  3. huhu sedihnya tgok.. tak sangguplah nak makan.. hehe

    BalasPadam