Driving di Sarawak tak boleh tunggu hingga minyak merah

Ini antara perkara yang ramai orang selalu pandang ringan.

Bila kita rancang perjalanan dari Kuching ke Sibu, Bintulu atau Miri, kita selalu fikir pasal jarak.

Tapi sebenarnya ada satu lagi perkara yang sangat penting.

Tempat rehat.

Sebab dalam perjalanan jauh, kita bukan hanya perlu jalan yang baik.

Kita perlu tempat untuk isi minyak.

Tempat beli makanan.

Tempat beli air.

Dan paling penting, tempat untuk ke tandas.

Sekarang ini, jalan Pan Borneo memang semakin baik dan banyak bahagian sudah lebih selesa untuk dipandu.

Tetapi kita kena ingat.

R&R masih belum beroperasi sepenuhnya.

Jadi perjalanan jauh di Sarawak masih perlu dirancang dengan baik.

Kalau dari Kuching, kawasan Bandaraya Kuching sehingga Siburan memang tiada masalah untuk mengisi minyak.

Banyak pilihan.

Tetapi selepas keluar dari Siburan, kita kena lebih peka.

Antara tempat yang boleh dijadikan checkpoint ialah:

Kuching ke Lachau lebih kurang 146 km.

Kuching ke Sri Aman lebih kurang 190 km.

Kuching ke Sarikei lebih kurang 350 km.

Kuching ke Sibujaya lebih kurang 420 km.

Kuching ke Bintulu lebih kurang 535 km.

Kuching ke Batu Niah, Miri pula lebih kurang 642 km.

Dari Siburan, salah satu pilihan yang sesuai ialah singgah di Petronas Lachau.

Selepas kawasan Lachau, pilihan yang ada adalah masuk ke Bandar Sri Aman, walaupun lokasinya agak jauh sedikit dari jalan utama.

Seterusnya, boleh rancang untuk singgah di Sarikei.

Kalau minyak masih mencukupi, boleh teruskan perjalanan dan singgah di Sibujaya.

Dari Sibujaya pula, perjalanan ke Bintulu lebih kurang 2 jam lagi.

Sampai Bintulu, boleh isi minyak, rehat sekejap, makan dan sambung semula perjalanan ke Miri.

Sebab itu bagi saya, bila memandu jauh di Sarawak, jangan hanya tengok Waze.

Tengok juga kemampuan kereta.

Tengok juga baki minyak.

Tengok juga siapa yang ikut kita dalam kereta.

Kalau bawa anak kecil, warga emas atau keluarga, tempat rehat ini jadi lebih penting.

Kadang-kadang bukan kita yang penat.

Penumpang yang perlukan rehat.

Jadi nasihat saya mudah sahaja.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, isi minyak penuh.

Sediakan air dan makanan ringan.

Jangan tahan mengantuk.

Jangan paksa diri memandu terlalu lama.

Dan jangan tunggu minyak tinggal satu bar baru mula cari stesen minyak.

Sarawak ini luas.

Jarak antara satu bandar ke satu bandar bukan dekat.

Jalan sudah semakin baik, tetapi perancangan kita sebagai pemandu juga mesti baik.

Semoga perkongsian ini membantu sesiapa yang merancang perjalanan dari Kuching ke Sibu, Bintulu, Miri atau bahagian utara Sarawak.

Drive jauh boleh.

Tapi drive dengan ilmu, perancangan dan keselamatan.

#Sarawak #PanBorneo #KuchingKeSibu #KuchingKeBintulu #KuchingKeMiri #InfoSarawak #TipsPerjalanan #DriveJauh #CoachWan

Sumber : Wan Najib

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Jauh sungguh jaraknya, memang kene rancang perjalanan betul-betul, kene tahu kat mana dan berapa jarak stesen minyak.

    BalasPadam