Minggu Persekolahan Kumpulan A dan B sesi 2026

Dikongsikan minggu persekolahan sekolah sesi 2026. Kadang sebagai guru terlupa dan perlu rujuk minggu yang perlu untuk dihantar eRPH. Serta rujukan untuk percutian.

Moga bermanfaat. Sumber sahih FB Kementerian Pendidikan Malaysia



Dan ini merupakan Kalendar Akademik Cuti Perayaan 2026

Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B. 

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan 

https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi. 

Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat. 

Usaha ini menyerlahkan tekad Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah. 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Catat Ulasan

0 Ulasan