Samsung tak boleh pakai, Vivo jugak terbaik

Hari tu pakai fon jenama Samsung jenama S series iaitu S20+ dari tahun 2020 tak sampai 2 tahun muncul pula line garis hijau dan purple pada skrin.

Terus kecewa dan kalau nak tukar skrin ni makan belanja dekat RM1k untuk skrin saja. Bila tengok dalam group Samsung jenama S Series ni memang banyak yang kena penyakit line hijau dan purple skrin ni.

Kemudian beli pula fon jenama Vivo model X80. Penyakit sama datang lagi lepas tak sampai setahun guna. 

Line hijau muncul pada skrin ViVo tapi apa yang bagusnya dapat pergi ke service center ViVo untuk tukar skrin secara foc. Tak sampai 30 minit diorang cek dan tukar skrin tu secara percuma je.

Kalau korang ada masalah muncul line pada skrin, pergi je center ViVo yang terdekat. Dapat tukar skrin secara percuma. Tak sampai sejam dah siap. Offer ni tak tahu sampai bila tapi untuk jenama Vivo X Series je kalau tak silap.

Tak sama macam Samsung ni. Diorang sekarang ada offer untuk tukar skrin yang ada problem line hijau purple ni tapi kena bayar rm80.

Tapi bila pergi center kena cek dulu, bayar rm25 jugak untuk checking kemudian tak lepas pulak untuk tukar skrin percuma. Terlalu sensitif sangat padahal fon ok je tak pernah buka melalui 3rd party. 

Disebabkan checking fail tapi kalau nak tukar skrin juga kena makan modal rm1k untuk tukar bagus la beli fon baru je. 😂😂

So jenama Samsung ni memang aku taknak caya dah dengan diorang ni. Bagus la tukar jenama lain. Tengok harga pada model2 Samsung yang baru ni macam S24 pun terlalu mahal dan tak berbaloi pada harga. Risiko keluar line hijau purple pun mungkin masih ada walaupun fon tak pernah jatuh ke apa.

Servis diorang pun lambat nak checking kena makan masa beberapa hari dan terlalu sensitif fon tak boleh ada defect etc....

Bye2 Samsung. Hahahaha

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. alhamdulillah setkat nie takdelah keluar line hijau, cover screen selalu pecah ye..hahaha..yg tu beli kat shoope je tukar sendri...pkai honor 8x je,,xd dah kat kedai...dari 2019 lagi...alhamdulillah,masih bertahan

    BalasPadam
  2. Kalau phone mahal, after-sales service elok takpe. Ni dah lah mahal, bila ada problem, macam-macam alasan diberi bila mintak baiki.

    BalasPadam
  3. abe guna Samsung A53G je. Harga rm1845. Kamera meme comel cuma line x bape kuat ia tarik. Umah abe 100m je dari pemancar tp x dpt pun 5G. Bab signal ni mmg Samseng failed lah!

    BalasPadam
  4. last guna samsung model apa ntah yang ada side curve tu. pastu ke huawei dan sekarang ke apple. kalau boss tak taja beli apple...rasanya masih kekal guna huawei atau apa2 yg mampu je kot

    BalasPadam