Jangan makan ayam sebab kena cucuk, betul ker?

Ayam besar sebab cucuk? Mitos atau Fakta?

Saya sendiri selalu dengar tentang perkara ni dulu2, orang kata jangan selalu sangat makan ayam daging ni sebab dah kena cucuk, betul ke bohong?

Menjawab pertanyaan yang komen tanya kalau bukan sebab cucuk, cepat besar sebab apa?

Perkongsian ni bermanfaat untuk dikongsi, kredit kepada penulis asal, Che Kam.

Meh nak terangkan, ayam pedaging cepat besar salah satu punca utama adalah baka ayam tu sendiri.

Ayam pedaging ni diternak dalam kuantiti banyak, satu reban boleh cecah 50k ekor. Macam mana perternak nak cucuk, tu kalau kita fikir ikut logik.

Baka ayam pedaging ni dah pun diubahsuai/ditambah baik oleh pakar genetik. Sebab tu di malaysia hanya ada beberapa pembekal sahaja yg bekalkan anak anak ayam pedaging.

Baka ayam pedaging ni kuat makan, memang dalam bekas makanan depa tak boleh kosong. Sebab ayam 24 jam akan patuk makanan dan ayam ni jugak kurang aktif. Sebab tu cepat membesar.

Sumber gambar : Che Kam

Ada orang cakap ayam dah disuntik masa kecik, yup betul ada suntikan tapi itu bukan untuk pengalak pembesaran. 

Suntikan vaksin semasa kecil adalah untuk pemberian awal vaksin, sebagai pencegahan awal jika ada pathogen luar masuk menyerang sistem imuniti ayam. Bayangkan Akan kehilangan pendapatan dari sudut Wang ringgit jika sesuatu ladang ayam diserang penyakit ayam.

Ada jugak orang cakap sebab diberikan hormon. Dulu betul dalam industri ada diberikan hormon. Tapi kerajaan malaysia dah pun banned pengunaan hormon.

Jadinya suntikan hormon bagi ayam pedaging sudah tidak diamalkan lagi di Malaysia sejak dari tahun 80an lagi

Kalau masih ada pihak yang berikan hormon terhadap ayam boleh dikenakan Akta Makanan 1983 dan Akta Akta Makanan Haiwan 2009

Sumber : Che Kam

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Jangan halang saya makan ayam.. saya suka ayammm hehe

    BalasPadam
  2. Oh, logik jugak info ni kan. Dah tak ragu² makan ayam lepas ni.

    BalasPadam
  3. Orang tua aku tak makan ayam yang injik nih. Cari ayam kampung sahaja. Aku bedal jela..

    BalasPadam