Hikmah jelajah Agung ke Borneo : perlu lebih banyak RNR dan jalan alternatif di Sabah Sarawak
Alhamdulillah memang banyak hikmahnya jelajah Borneo YDP Agong dari Sabah ke Sarawak dengan memandu kereta sendiri.
Saya sendiri tak ketinggalan nak lihat dan bersalam salaman dengan Agong dan permaisurinya serta anak-anaknya namun masa dan keadaan tidak menyebelahi kerana Agong tak sempat nak singgah ke tempat saya bertugas di sini iaitu di Sri Aman ini.
Sebelum perjalanan Baginda, jalan-jalan rosak semua dibaiki, diturap dan ditambah baik. Ini memang baguslah. Yang mana berlubang dan jalan belum siap disegerakan siap dan ditampal..
Baginda nak memandu dan melihat sendiri keadaan jalan raya dan sekeliling di Sabah Sarawak ni. Dengar kata tuanku Permaisuri juga mencatat jalan-jalan rosak di sini untuk dibaiki. Memang elok la begitu...
Pastinya Baginda dapat melihat dan merasa sendiri bagaimana keadaan jalanraya dan kekurangan tempat untuk berehat dalam perjalanan tidak sama seperti RNR seperti di semenanjung.
Kalau saya dari KL ke Pahang perjalanan dalam 2 jam dapat melihat dan berehat di stesen-stesen minyak, RNR, kedai-kedai makan, tandas yang bersih dan selesa dan lain-lain tempat untuk berehat seketika...
Perjalanan dari Sri Aman ke Kuching mengambil masa sekitar 2 jam sekarang tapi diharapkan lebih baik dengan memperbanyak tempat rehat dan stesen minyak dengan keadaan kebersihan yang lebih dititikberatkan.
Selalu juga saya singgah di Petronas Betong ketika dalam perjalanan ke Sibu, tandas di situ sentiasa berkunci dan tidak diselenggara dengan baik serta anjing liar selalu berkeliaran.
Inilah masalah kalau berjalan dan singgah-singgah ketika berjalan jauh di sini..
Jika jalanraya, jalan2 alternatif, jambatan, pengangkutan awam di sedia lebih banyak dan kerap diselenggara, pasti pengangkutan dan perjalanan lebih mudah, ini akan merancakkan ekonomi dan taraf hidup.
Susah nak cakap lebih-lebih nanti kena kecam pulak dan orang tak percaya pulak. Hanya memberitahu perkara sebenar. Moga Sabah Sarawak terus maju makmur.
Orang Sarawak nang steady.
Datang la lagi Tuanku, nanti mesti jalan raya cepat dibaiki.
Daulat Tuanku..
Menjunjung Kasih Tuanku…
Catat Ulasan
2 Ulasan
Sy sebagai org Sabah yg kini menetap di Johor mmg nampak sgat perbezaan jalan raya di Semenanjung & Sabah/Sarawak..betul di Sabah tiada R&R kerana kbyakkan org Sabah cuma singgah di stesen minyak dan singgah di kawasan gerai2 kecil sahaja... Bagi sy masalah jalan raya paling utama kerana byak lgi kawasan di Sabah yg jalanraya masih teruk dan byak lgi belum siap..Susah nak ckp sbb org Sabah dah bertahun2 mengadu ttg pembinaan jalan raya.. Itupun Tuanku ke Sabah baru nampak sibuk... berkenaan tempat rehat dan makan tidak dinafikan masih kurg dan kebersihan juga tidak berapa baik (ada certain tempat saja yg bersih) ...Maaf panjang komen kali ini sbb sy sedih melihat negeri tercinta sy sendiri yg jauh ketinggalan berbanding negeri2 lain..
BalasPadamBgitulah hakikatnya kn...hanya yg mengalami shj yg tahu..dgn kuasa viral skrg ni diharapkn dpt juga mbuka mata pihak2 yg trtentu.
Padam