Kenapa kanak-kanak mudah tertidur dalam kereta

KANAK-KANAK yang masih kecil amat sukar untuk tidur melainkan apabila disuruh atau tubuh mereka terlalu penat.

Bagaimanapun, terdapat satu keadaan yang membuatkan anak mudah lelap. Tidak lain tidak bukan, dengan membawa mereka keluar menaiki kereta dan memasang penghawa dingin.

Jika kalian perasan, sebaik sahaja masuk ke dalam kenderaan, kadangkala tidak sampai 5 minit memulakan perjalanan, mereka sudah pun terlena.

Kredit gambar : Arif San


Perasan tak, tanpa sebarang arahan, mereka boleh tidur dengan sendirinya. Sungguh ajaibkan kalau difikir-fikirkan semula. Ada yang kata seperti bagi budak-budak ini ubat tidur pula.

Ingin tahu mengapa budak-budak mudah tidur di dalam kenderaan, Parenting Healthy Babies menyenaraikan sebab-sebabnya:

1. Kereta yang bergerak

– Saintis menerangkan bahawa kereta yang bergoyang perlahan boleh membuatkan anak untuk lelap dengan mudah jika badan mereka letih.

– Keadaan itu juga dikatakan seumpama layanan mak ayah mendodoikan anak yang ingin tidur sambil menepuk-nepuk manja tubuh mereka.

2. Bunyi berdengung

– Saintis juga berpendapat bunyi dengung enjin kereta merupakan bunyi yang tidak menarik dan bosan. Justeru anak-anak mahupun diri kita sendiri begitu mudah untuk melelapkan mata.

3. Rekaan bentuk dalam kereta seperti bilik

– Antara salah satu sebab kanak-kanak mudah tertidur kerana rekaan dalaman kereta yang terlihat seperti bilik.

– Mereka berasa selamat dan selesa melihat ibu bapa ada bersama di dalam ruang kecil itu dan dapat tidur dengan mudah.

4. Kebosanan

– Lumrah kanak-kanak suka aktif bergerak ke sana sini, namun ruangan dalaman kereta yang sempit membuatkan mereka bosan karana pergerakan terbatas.

5. Hipnosis lebuh raya

– Hipnosis lebuh raya bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

– Keadaan kereta melalui lebuh raya hampir sama dengan persediaan untuk tidur kerana situasi yang tenang, senyap dan tubuh berada dalam keadaan rehat.

Petikan dari : SinarPlus (Sinar Harian)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Rasanya lebih kepada kebosanan. Kalau bagi phone atau tengok kartun, mesti segar-bugar mata.

    BalasPadam