Hanya guru yang memahami guru

Berkenaan isu cikgu Fadli Salleh yang agak trending sekarang ni...

Saya malas nak ulas lebih2. Anda boleh cari sendiri kisahnya di media sosial. Ramai guru dan ibu bapa yang menyokong.

Masa pdpr tahun lepas (2020 & 2021) mesti ibu bapa perasan tentang silibus sekolah rendah yang begitu tinggi. Kebetulan tahun 2021 anak saya darjah 1. Terkejut lihat subjek BM dan Matematik yang saya kena tengok google dan youtube terlebih dahulu untuk cari panduan dan jawapannya.

Beg budak sekolah berat tu sebenarnya benar. Silibus ala pra universiti tu pun benar. Jauh dengan cognitive development kanak kanak. Jadual terlalu padat pun benar. Kita sendiri boleh lihat fakta dan pengakuan depan mata.

Guru bila bersuara jujur ingin membetulkan suatu sistem yang perlu diperbaiki dan dibetulkan cukup besar cabarannya.

Inilah tugas guru. Bukan sekadar pegang marker dalam kelas, cat padang pun kena pegang juga.

Hanya guru yang memahami beban dan cabaran tugasan guru sebagai pasukan pelaksana.

Berlapang dadalah. Terimalah luahan guru.

Kalau saya yang kupaskan entah-entah orang tak endahkan pun.

Cikguzim tidak sepopular mana. Hanya penulis 'anonymous' sejak lebih 10 tahun lepas serta seorang Youtuber channel2 kecil2lan.

Catat Ulasan

4 Ulasan