Harga barang naik, kita lebih berjimat dan lebih sihat?

Mungkin ada yang sangka, peningkatan harga makanan asas adalah solusi kepada masalah obesiti dan penyakit metabolik di Malaysia.

Sebenarnya, kajian menunjukkan apabila harga bahan mentah dan keperluan asas seperti telur, susu, sayur sayuran dan buah bahan MENINGKAT, masyarakat (khususnya yang berpendapatan rendah) akan memilih makanan yang murah, tinggi dengan kalori dan tidak berkhasiat.

Sebab itu kadang kadang kita lihat, ada keluarga yang susah, tetapi anak anak ada masalah obesiti.

Betul kan? Cuba lihat di sekeliling kita contohnya dalam rancangan tv Bersamamu TV3, kalau orang yang susah2 tu selalunya berbadan besar.

Semoga kita semua sihat sihat dan dapat berjimat cermat selalu ketika era harga barang naik ini.

Kredit gambar : Public Health Malaysia

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Rakyat marhaen semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan

    BalasPadam
  2. telur antara pilihan makanan yang murah dan tinggi protein pun dah naik harga macamne lah agaknya. Ayam jangan la kata camne lah nak kata nanti ni semua dah mahal kalau keluarga yang bawah lagi dari B40 camne lah agaknya mereka.

    BalasPadam
  3. Bila sebahagian besar harga barang keperluan meningkat.. rakyat akan makan apa yang ada.. asal perut terisi dan kenyang.. potensi hidap penyakit pun tinggi.

    BalasPadam