Raya yang paling akan diingati 2022
Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best! Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.
Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaysia huru hara.
Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.
Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.
Ada yang terlajak terawih 6 rakaat.
Ada yang kait daun pisang tengah malam buta.
Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman.
Ada yang pagi raya jamah mee segera.
Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.
Duit kat ATM licin.
Kesesakan lalu lintas dari sehari sebelum raya pertama sampai raya ketujuh yang amat dasyat.
Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.
Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya 😁
Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.
Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan.
Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya 😂
Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.
Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua.
Memori indah tercipta tanpa diduga.
Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan.
Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu...
Catat Ulasan
5 Ulasan
alhamdulilah, meskipun raya terkejut tapi tetap meriah dari tahun sebelumnya kan, semua dah agak bebas. harap takda yg lupa sop
BalasPadamsy gi raya umah org pd raya pertama jd x perlu risau ttg persiapan yg belum sempat dibuat.
BalasPadammasak tetap masak walaupun kalut sbb kalau x masak nnt bekfes sebelum solat raya xde lauk raya mcm x raya pulak.. hihihi.. selamat hari raya cikgu
BalasPadamMak bulan terteran awal, hehehe. Selamat hari raya, Cikguzim.
BalasPadamAlhamdulillah raya...raya..raya meriah sana sini sinun trafik jem hahahaa...
BalasPadam