Kesan vaksin kepada kanak-kanak
Bismillahi tawakkalna ilallah..
Kepada Allah kami berserah dan bertawakkal.
Selesai cucuk vaksin untuk anak saya umur 8 tahun tadi untuk dos pertama.
Mula2 kami menolak untuk cucuk vaksin ni tapi beberapa hari lepas tu kami decide nak cucuk jugalah.
Mitos : Kanak2 tak dapat jangkitan covid yg teruk. Nak vaksin tak berbaloi dgn risikonya.
Hakikat : Jangkitab covid tetap bahaya untuk kanak-kanak. Faedah vaksin utk kanak2 melebihi risikonya..anda boleh google lebih detail sendiri pasal ni. Tambahan pula, kesan long covid juga amat kita bimbangkan.
Info tambahan : Dos vaksin untuk kanak2 sebenarnya hanya 1/3 dari dos org dewasa. Maknanya memang kurang dari orang dewasa serta jauh beza dengan suntikan booster.
Dengan adanya suntikan ni sekurang2nya memberi perlindungan masa kes sedang rancak naik semula.
Kita pun nak elak dari sekolah ditutup dan berPDPR kembali.
Dah berjam-jam suntik ni, takde sakit takde lenguh. Takde apa2 gejala..
Dan sebelum tidur tadi saya tanya anak ada sakit, lenguh, rasa nak demam...semua tu tiada.
Alhamdulillah esok boleh pergi sekolah macam biasa sama macam kawan2nya hari kelmarin. Tiada gejala atau kesan yang teruk macam kita orang dewasa lepas vaksin.
Moga baik2 saja..
#PICKids
#done1stdosepfizer
Catat Ulasan
4 Ulasan
Semoga anak cikguzim sihat-sihat aje. Benda ni depends pada parents jugak, diorang lagi tahu keadaan kesihatan anak sendiri
BalasPadamNampak sekarang kita macam kena ikut saranan kerajaan sahaja
BalasPadamFikir yang baik ajelah
alhamdulillah takde simptom yg merisaukan
BalasPadamalhamdulillah..stay safe..smoga ank2 kita smua dilindungi
BalasPadam