Sebab banjir besar luar biasa di Malaysia 2021?

Kenapa berlaku banjir luar biasa di beberapa kawasan di Malaysia?

1. Menurut pakar meteorologi, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ianya ada kaitan dengan Taufan Rai yang sekarang berada di tengah Laut China Selatan di mana ia memecut serbuan udara sejuk (angin timur laut) lebih kencang ke Malaysia, terutama di Pantai Timur.

2. Kita sekarang berada di fasa La Nina, yang membawa hujan lebat, di mana risiko banjir berlaku juga tinggi. 

3. Wujud tekanan rendah di tengah Semenanjung, menyebabkan hujan sangat lebat berlaku, kali ni empat kali ganda lebih banyak dari biasa di Pantai Barat.

4. Di Lembah Klang, hujan sangat-sangat lebat sebenarnya bukan turun di Lembah Klang, sebaliknya di Banjaran Titiwangsa. Dari sini lah, air masuk ke sungai-sungai utama di Selangor menyebabkan limpahan sungai berlaku dan banjir di kawasan sekitar.

5. Menambah buruk keadaan, Klang sedang mengalami fenomena air pasang besar. Bermakna, air dari darat tidak dapat keluar, dijangka sehingga Ahad ini.

6. Gabungan semua faktor ini menyebabkan terowong SMART tidak dapat menampung kesan yang berlaku. Untuk makluman, terowong SMART di Kuala Lumpur adalah salah satu sistem lencongan air yang dibina untuk membantu kurangkan kesan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sedikit fakta mengenai banjir yang berlaku:

1. Pihak bomba di Selangor terima 1,600 panggilan kecemasan hanya dalam tempoh 24 jam. 

2. Paras air di 14 sungai di Selangor melebihi tahap bahaya setakat 10.15 malam tadi. 

3. Curahan hujan dalam tempoh 24 jam ini bersamaan jumlah hujan untuk sebulan. 

4. Air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang telah dilepaskan secara berperingkat kerana sudah melepasi tahap bahaya.

Kepada mangsa yang terlibat, hubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920 ataupun nombor-nombor yang tertera di bawah jika memerlukan pertolongan.

i) Majlis Perbandaran Klang - 03-3374 8845

ii) Majlis Bandaraya Shah Alam   - 03-5522 2787

iii) Majlis Perbandaran Kuala Langat - 03-31822566

iv) Hospital Tengku Ampuan Rahimah - 03-3323 9478

v) Pejabat Kesihatan Daerah Klang   - 03-3323 9554

vi) PDRM Klang Selatan - 03-3372 2222

vii) PDRM Klang Utara - 03-3291 3344

viii) Jabatan Kebajikan Masyarakat   - 03-3341 3703

ix) Jabatan Kerja Raya - 03-3371 4040

x) Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor  - 03-3371 2464

xi) Angkatan Pertahanan Awam - 03-3371 0820

Untuk yang berminat untuk menderma, berikut adalah antara senarai kutipan banjir:


1. Amal Relief Malaysia

562366647559 (Maybank)


2. Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

564221646925 (Maybank)


3. Dana Kebajikan Muslimat Selangor

12083010031760 (Bank Islam)


4. Pertubuhan Kebajikan Ikrar Kedah

02039010096126 (Bank Islam)


5. Kembara Amal

562740145983 (Maybank)


6. Syukor Ventures

562843516399 (Maybank)


7. Mawartisan Ventures

8009869848 (CIMB)


8. Yayasan Maghfirah 

562263552802 (Maybank)

Perasaan bercampur-baur melihat mangsa yang terlibat. Semoga bencana yang melanda ni berakhir segera.


Stay safe, Malaysia!

Sumber : Zunita

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. semoga dipermudahkan urusan mereka yang ditimba musibah ini

    BalasPadam
  2. memang jumaat sabtu tu hujan je tak berhenti rumah akak hujan jugak tapi tak la selebat macam di belah shah alam klang sana... moga hujan dah tak turun lagi buat masa terdekat ini kat sana, biarla surut dah dapat kemas rumah yang alami banjir

    BalasPadam
  3. Semoga Allah sentiasa lindungi mangsa-mangsa banjir.

    BalasPadam
  4. Dekat Perak pun hujan tak berhenti2 hari tu. Harap tak berlaku macam dekat sana.

    BalasPadam
  5. Semoga mangsa banjir yg kehilangan harta benda akan memperolehi pengganti yg lebih baik, Amiiinnn.

    BalasPadam