Biasanya tiap bulan akan ada email dari pihak bank untuk pengesahan tentang pembayaran gaji dari Adsense ke akaun. 

Kali ni tunggu punya tunggu bila buka akaun bank rupanya gaji Adsense dah masuk pun semalam.

Sebab biasanya dalam beberapa bulan kebelakangan ni memang pihak bank akan minta email resit bayaran dari Adsense dulu baru pembayaran tu akan dibuat ke dalam akaun.

Syukur alhamdulillah prosedur macam ni dah takde lagi dah kot lepas ni. Harap2 lah Google Adsense buat macam ni selalu iaitu terus transfer ke akaun tanpa bank buat pengesahan lagi.

Tak banyak pun jadi kena blurkan 😁

Setakat ni Adsense telah bayar tanpa miss sekali pun. Boleh lah buat tabungan travel ke luar negara lepas ini hehe.

Apabila saya buat perbandingan, kini pendapatan Adsense dari channel2 youtube saya semakin meningkat naik jauh mendahului pendapatan dari blog2 yang saya ada.

Apapun saya tetap nak luangkan sikit masa untuk update dalam blog.

Kepada mereka yang baru dalam blogging dan youtubing ni, iya benar boleh buat duit dengan blog dan youtube tapi kena sabar dan tiada jalan singkat untuk berjaya.

Buat kawan-kawan blogger yang sedang struggle menjana pendapatan sampingan dari Adsense ni, teruskan sharing perkara bermanfaat dan jangan putus asa.

Happy blogging.