Isu Semasa
Mana vaksin saya?
Bila diumum Malaysia dah lulus untuk terima vaksin dan nak cucuk penduduk Malaysia pada Mac 2021 of course saya antara orang yang excited nak cucuk.
Ini bukti saya bukan seorang antivaksin. 😀
Vaksin ni dah jalani banyak ujian klinikal dan terbukti berkesan dan selamat. Vaksin yang dah ada ni pun terbukti berkesan terhadap varian-varian baharu. Insyallah.
Dah isi dan daftar MySejahtera untuk terima suntikan dari Mac lagi. Di samping itu, banyak form/borang/survey lain yang disuruh isi. Saya isi dengan senang hati.
Selalulah cek status temujanji vaksin di MySejahtera. Cek berkali-kali dan kemaskini maklumat selalu.
Ramai rakan lain dah dapat cucuk so far takde masalah lepas suntikan cuma rasa lenguh-lenguh dan sakit badan ringan-ringan sebagai tindak balas imuniti badan.
Pada waktu yang genting ni harap proses vaksinasi bertambah cepat, menyeluruh dan mendapat kerjasama baik dari semua rakyat Malaysia.
Tapi disebabkan dah masuk Jun tiada notifikasi janjitemu, banyak borang dan form dah isi, saya masih tertanya-tanya...
Mana vaksin saya? 😅
Cikguzim : Terima kasih kerajaan sebab bagi vaksin percuma untuk rakyat. 😀
Patuhi SOP dan stay safe sokmo. Sama-sama bantu sistem kesihatan kita. Orang lain tak patuh, biar kita je terus istiqamah patuh.
Catat Ulasan
16 Ulasan
Husband Fiza pun baru last two weeks dapat. Maybe kkm dahulukan Warga Emas kot. Macam mak ayah Fiza. Register 29/5. Dah dapat tarikh vaksin 6/6 ni.
BalasPadamAlhmdllh..sy pn lega bila dgr mak dan keluarga mertua juga dh divaksin lebih awal..masih menunggu giliran sendiri 😷
PadamSaya ingatkan golongan cikgu dapat awal. Kira macam frontliner jugak tu. Sabarlah cikgu...
BalasPadamItulah yg sepatutnya..masa guru berdamping dgn murid mmg banyak bila pdp bersemuka..sbb tu perlu divaksin lebih awal mcm frontliner..tapi hakikatnya ramai lagi belum.
PadamIn shaa Allah ada rezeki untuk cikgu.
BalasPadamAamin..mg imuniti kelompok dpt capai lebih awal.
PadamMasih menunggu giliran. Semoga cepat lah dapat.
BalasPadamAamin harap cepat dpt lh kite
PadamAZ hari tu dapat register x cikgu? kalo cikgu² area samarahan mcm ramai jer dh dpt... member² cikgu di kuching ramai yg belum dpt lagi
BalasPadamSy nk dftr tpi di daerah sy xde offer vaksin tu..tgk di daerah lain pn sama ramai cikgu blum dpt...borang online dan survey dah mcm2 isi.
PadamWak pun tengah tunggu giliran
BalasPadamMg kite cepat dpt jg
PadamInsyaAllah ada tu nanti.. Cik TK pun tengah tunggu juga ni...
BalasPadamInsyallah ada rezki cepat utk cik tk juga
PadamSemoga giliran cikguzim cepat sampai.
BalasPadamBaru jumpa cikgu di arena blog. Sebelum ni, saya ada follow cikguzim di IG. Geng lari. :)
Aamin..eh betulkah sy sebenarnya mcm baru perasan sbb buat blog walking routine...jumpa dlm ni ya. Btul dlm ig sy byk follow geng runner hehe..tkejut juga sy.😁
Padam