Vaksin bukan mudah untuk dibuat, ada yang ambil masa bertahun, berbelas tahun, ada berpuluh tahun. Kenapa vaksin covid 19 ni ambil masa kurang setahun je untuk dicipta?
Betul ke tak betul vaksin covid ni? Takut la nak ambil vaksin! Suka saya mendengar ayat dari seorang sahabat ni :
"Eh, HIV yang dah lama wujud belum dijumpai vaksinnya, Covid-19 yang baru kelmarin timbul sudah dijumpai vaksinnya. Boleh percaya ke?"
Abaikan naratif sains seketika. Bagaimana kalau Allah sengaja sukarkan penemuan vaksin HIV kerana cara utama penyebarannya adalah maksiat seperti zina dan penyalahgunaan dadah, sedangkan Covid-19 mudah tersebar sehingga yang gugur antaranya adalah ulama-ulama dan orang soleh.
Sumber ayat : Ashraf.
Ada betulnya juga kata-kata dari sahabat ni. Mungkin ini antara sebab vaksin covid dah dapat dihasilkan.
Kita mendengar beberapa perkembangan positif lain lagi di mana sekarang banyak negara berjaya juga hasilkan vaksin covid sendiri. Alhamdulillah.
Bukan mudah buat vaksin, perlu menghadapi pelbagai jenis peringkat ujian klinikal trial and error barulah diluluskan.
Jadi kerajaan kita dah pun luluskan kemasukan vaksin Pfizer ni dan hukumnya pula adalah harus untuk mendapatkan suntikannya bagi mencegah penyakit.
Sumber dari Dr Zulkifli Al-Bakri :
Vaksin COVID-19 adalah antara ikhtiar kita yang bertepatan dengan maqasid syariah.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil bagi golongan yang ditetapkan kerajaan.
Sumber - Dr Zilkifli menteri agama.
Saya sendiri pun dah daftar di mysejahtera untuk menerima vaksin, tak sampai 1 minit pun daftar.
Daftarlah sebagai penerima vaksin dari mysejahtera ya.
Hari ni pula 24/2/2021 hari bersejarah bagi rakyat Malaysia di mana PM kita pun dah jadi antara orang terawal terima suntikan vaksin.
Gambar-gambar perdana menteri TS Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama vaksin covid 19.
Syabas kepada PM kita. Kita usaha dan selebihnya, bertawakkal.
Percayalah, vaksin ni dah jalani sangat banyak peringkat ujian klinikal. Ia selamat untuk digunakan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Ada orang tak percaya vaksin tapi ada orang percaya pelaburan RM10 boleh jadi kaya untung RM1000 (judi), ada orang percaya minum air yang keluar dari atas pokok petai boleh buat ubat tapi ternyata air dari pokok tu cuma air kencing serangga. Pelik kan orang kita?
Wallahuaklam..
Catat Ulasan
9 Ulasan
aah saya pun sudah mendaftar. segala yang berlalu ada sebab nya. so kita sebagai manusia biasa, just go with the flow asal bukan memudaratkan
BalasPadamWak dah daftar tadi
BalasPadamsemoga covid ni segeralah hilang
BalasPadamNak daftar jugak la.
BalasPadamnak daftar juga.
BalasPadamSaya pun sudah mendaftar :)
BalasPadamDipermudahkan atau dipersulitkan pasti ada hikmahnya. Syukur dah ada vaksin sekarang berbalik pada diri sendiri buat pilihan, mahu atau tidak mahu. Mahunya bersebab kalau tidak mahu juga pasti bersebab. kalau tak silap ada golongan yang tidak diperbolehkan juga.
BalasPadamsaya belum daftar lagi. bagi peluang kepada mereka yang betul2 memerlukan dahulu. Insyaallah, masuh kene mematuhi SOP
BalasPadamcikgu, jangan lupa join GA saya...
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html