Iklan Adsense tiba-tiba hilang

Tengah tengok blog sendiri sambil santai-santai semalam, hari ni tengok lagi sambil fikir idea nak tulis pasal ape dalam blog ni.

Bila tengok blog macam ada something yang hilang tapi ape ek? Baru perasan tengok iklan adsense dalam blog ni takde.

Rase pelik, adsense ada problem kah? Tengok blog rakan lain ada pula. Berapa kali refresh page memang iklan tak muncul. Patut la biĺa tengok Adsense punya homepage untuk income harian kurang daripada biasa, yang datang cuma dari Youtube channel. 

Biasa income harian dalam USD 28 juta, yang dapat kurang sikit iaitu USD 21 juta je.

Iklan di Youtube saya running macam biasa jadi memang takde masalah dengan Adsense ni. Bila cek di layout blog tu rupanya bahagian Adsense tu hilang sendiri.

Layout blog, tetiba widget adsense hilang

Pelik macam mana boleh hilang padahal tak pernah usik setting mana pun cuma beberapa hari lepas ada set up Adsense pada blog yang lain. 

Mungkin lah sebab ada setting dan pasang Adsense pada blog-blog lain jadi menyebabkan iklan pada layout blog ni pula menghilang dan kena pasang balik. 

Dah pasang balik hehe

Huhu legaa rupanya takda apa-apa berlaku. Buat suspense je.

Happy blogging.

P/S : Income USD 28 juta harian tu cuma rekaan semata-mata je 😂


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Ok... baru nak tanya tips camana dapat income usd 28juta.mmnasib baca sampai habis.. kuang3... mujur settle sudahhh

    BalasPadam
  2. ok boleh stop nganga mulut terkejut tadi hehe

    BalasPadam
  3. uiii... juta2 tu sayang kalau hilangggg

    BalasPadam
  4. Rupanya set tempat lain boleh h hilang di blog asal.
    Nasib baik peyelesaiannya mudah sahaja.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Mesti berdebar-debar.

    BalasPadam
  6. biasa je jadi pada AD..tapi kalau time tukar template..coz die nak setting dlu..dalam sejam lepas tuakr template biasanya dah keluar balik iklan..

    mujur xde pape jadi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bila tukar template atau domain ke nanti adsense kita kena setting dan pasang semula.

      Padam
  7. tak pandai nak guna adsense ni... ajar sket

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh daftar dan login adsense melalui laman blogger..sy lihat blog afeezz adalah blog yg dh lama, cuba try apply adsense dan mereka akan review, dh lulus nanti boleh setting pada layout blog

      Padam