Amalan harian penyebab rezeki jadi sempit

Rezeki sempit maksudnya rezeki tu susah nak datang. Bila datang cuma sekejap-sekejap, sedikit-sedikit bak kata P Ramlee.

Maksud rezeki tu punyai maksud yang luas, maknanya banyak cabang. Ia bukan refer kepada duit semata-mata. Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.

Bentuk-bentuk rezeki bukan duit termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena, ada kawan yang baik, tinggal di persekitaran yang sihat dll.

Faktor mendapatkan rezeki itu ada banyak. Jika tidak berusaha rezeki tidak pula akan datang bergolek.

Ini pula merupakan amalan harian kita yang memahalkan rezeki tu datang. Kadang dah usaha tapi susah benar rezeki tu nak muncul.

Kredit kepada pelukis dan tukang share, dari fb.



Tabiat pertama : Jangan biarkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor tak dibasuh. 

Dah guna terus basuh. Ada yang guna malam, tinggal, kemudian esok baru basuh. Malulah kalau ada orang bujang atau suami isteri buat perangai macam ni tinggal pinggan mangkuk berhari tak dibasuh.

Kami sekeluarga selalu amalkan bila dah pakai terus basuh.


Tabiat kedua : Bungkus sampah dengan betul dan buang dengan betul.

Kalau ada sampah dalam rumah teruslah buangkan. Jangan simpan lama dalam rumah.


Tabiat ketiga : Tandas di biar kotor.

Selalulah cuci tandas. Kalau kita lihat rumah yang tandasnya kotor biasanya rumahnya mesti kotor.


Tabiat keempat : Rumah penuh sawang.

Cuba lihat di syiling, bucu rumah, celah kerusi meja dll mesti ada habuk. Habuk yang banyak akan menakung sawang.

Sawang yang banyak akan mengotorkan rumah. Rumah yang penuh sawang dan kotor akan memahalkan rezeki.


Tabiat kelima : Pintu tandas sentiasa terbuka.

Sudahlah kotor tandas tu selalu pula terbuka. Tandas tu tempat syaitan, pastikan pintu tandas selalu ditutup sebab tandas zaman sekarang tak sama macam zaman dulu ada di luar rumah.

Kredit gambar : Kaki Share
Ayat : Olahan Cikguzim 
Amalan harian penyebab rezeki jadi sempit Amalan harian penyebab rezeki jadi sempit Reviewed by cikguzim on 26.1.21 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Kena didik ahli rumah amalkan tabiat yg baik supaya rezeki tidak sempit

    BalasPadam
  2. terimakasih cikgu ., peringatan utk diri sendiri jugak., aminn

    BalasPadam
  3. peringatan pada diri sendiri sebab ada jugak buat mende2 tu kadang kala...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.