Covid 19 semakin meningkat di Sabah! Sukarelawan diperlukan

Tak sanggup rasanya baca berita terkini Covid terutama dari negeri Sabah. Jumlah kematian pun makin meningkat di sana. Pray for Sabah, Allah bantu Sabah. Di saat ini mereka perlukan bantuan dan tenaga kerja dari kita.

Apabila mendengar di sana ada staff kesihatan yang dijangkiti covid dan ada kena kuarantin, hospital akan mengalami understaff tambahan pula dengan kes covid dengan jenis mutasi yang mudah berjangkit tu.

Apa yang saya boleh bantu selain berdoa? Jadi saya bantu share di sini jika sesiapa mahu menjadi sukarelawan ke Sabah boleh baca post ini.

Sumber dari fb Dr Noor Hisham...

SUKARELAWAN DIPERLUKAN BAGI MENAMBAH MOBILISASI PASUKAN BANTUAN KE NEGERI SABAH.

Setakat ini, seramai 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. 

Sehingga 8 Oktober 2020, sejumlah 249 orang anggota daripada Bahagian Perubatan dan 48 orang anggota daripada Bahagian Kesihatan Awam telah digerakkan secara dalaman di negeri Sabah. Di samping itu, sejumlah 130 orang anggota daripada Bahagian Perubatan dan 48 orang anggota daripada Bahagian Kesihatan Awam telah digerakkan dari negeri-negeri lain ke negeri Sabah. 

Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan aset utama KKM ini dapat menjalankan tugasan dengan baik. 

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah bersama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini. 

KKM ingin menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19. 

Secara keseluruhannya, penyelarasan mobilisasi Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan ke Negeri Sabah akan dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (emel: mobilisasi19@gmail.com , cprc@moh.gov.my).

Frontliner adalah hero kita. Terima kasih frontliner.

#prayforsabah #prayformalaysia

Moga semua baik2 dan pulih cepat macam dulu..

Catat Ulasan

1 Ulasan