Tips bercuti ke Jepun

Negara Jepun, bila tengok drama dan kartun Jepun dalam TV memang cantik gambarannya. Bersih, kurang trafik jem, disiplin, tempat cantik. Rasa geram nak berjalan ke Jepun berbanding Korea. Ini beberapa tips yang boleh digunakan kalau nak berjalan ke Jepun.

Perkongsian dari saudara Yamin dari FB beliau.

Ketahui 15 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun:

1)    Visa- tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

2)    Duit Yen - tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.


3)    Talian internet- bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

4)    Pengangkutan - Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.

5)    Makanan halal- Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan jauh menaiki keretapi.

Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.

6)    Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam 'alangkah kalau kat Malaysiapun macam ni'.  Kat kaunter cuba cakap - Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) - wa- doko desuka? (where is it?). Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7)    Penginapan - bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.

8)    Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

9) Tempat menarik kat Jepun? - Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

10)  Bahasa Jepun – elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita.  Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello - Kon ni chi wa, Terima kasih - Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.

Rakyat Jepun  sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

11) Vending machine- teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.

Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12) Tandas –Teramat bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.

Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

13) Surau – Islam itu mudah dan memudahkan. Tak ada excuse pergi travel tak solat. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.


14) Makan ramen - makan dengan hirupan bunyi bising dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.

Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

15) Duit syiling Jepun - ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) - kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Nak berkunjung lagi ke Jepun pilihan selepas tamat musim Covid-19 nanti insya Allah.

Sumber : Yamin Ismail

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. kawan saya pernah ke sana, dia kata nak berkomunikasi memang susah..huhu

    BalasPadam
  2. ramai orang teringin ke jepun kerana nak tengok negara mereka yang cantik , budaya mereka tapi itulah bahasa antara yg akan jadi kekangan di sana

    BalasPadam
  3. Masalah bahasa tidaklah begitu critical. Kebanyakan hotel/homestay receptionist, car rental company dll boleh berbahas inggeris. Worst case boleh type aje kat googletranslate dan tunjuk kat dia.

    BalasPadam
  4. Jira PC pernah dihantar bertugas ke Jepun.Mereka sangat sayang bahasa mereka.

    BalasPadam
  5. Jepun best..negara yg menarik utk dilawati..

    BalasPadam