Digi makin selowww

Haritu Digi ni ok je line dia entah kenapa sejak pkp dalam bulan Mei haritu line makin teruk.

Line lagi slow kalau masuk jam 7.00 malam ke atas. Haishh.

Line sloww macam siput

Tukar dari Celcom ke Digi ni dah setahun lebih dah. Nampaknya macam kena tukar ke Celcom balik sebab line Celcom ni lebih luas coverage banding Digi dan dengar kata dah laju jugak kat tempat saya ni.

Lepas tengok ada pakej Celcom prepaid unlimited rm35 ni macam berminat lak. Sebelum ni memang pakai Celcom pun tapi lepas tengok data internet Digi lebih besar saya pun tukar ke Digi.

Dari bayar Digi postpaid rm95 tapi line siput baik cuba tukar plan Celcom prepaid rm35 tu. Harap ok la lepas ni.

Tak berbaloi bayar amaun tu  untuk servis yang sudah jadi makin teruk.

Sebagai pelanggan kita berhak untuk komplain.

Digi makin selowww Digi makin selowww Reviewed by cikguzim on 29.9.20 Rating: 5

6 ulasan:

  1. celcom ni pun kadang elok kadang idok, tapi sebab dah pakai lama celcom ni.. rasanya sejak pakai hp memang akak pakai line celcom je tak pernah try line lain hehehe punyala setia, hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dh berbelas tahun pakai nombor telco yang sama..senang kwn lama nak cari.

      Padam
  2. Ada masa.Ada mood juga tapi buat mood kitay yang parah akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah terbiasa dengan internet yang laju..tapi sekarang kerap pula line buat hal

      Padam
  3. bergantung kepada area coverage jugak cikgu. ammi guna Digi unlimited (tp byr RM50 je sbb itu deal Digi dengan ammi) so far ok kat Klang Valley. Masalah bila balik Melaka memang semputlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rm50 digi unlimited? Kira murah tu, tapi line digi di tempat saya ni makin problem walaupun tinggal dekat bandar juga.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.