Subscriber Youtube CIKGUZIM CHANNEL melepasi 1k subscribers

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah setelah 2 bulan aktif untuk channel youtube saya yang ini kini subscriber dah pun melepasi 1k subscriber (1,085 subscriber setakat pagi ini).


Walaupun channel ni biasa-biase je, sharing info sambil-sambilan sambil santai, lifestyle dan sharing pun ada orang nak subs ye. Thanks kepada yang dah subs. Sekarang misi nak cukupkan watchtime je lah sebab kalau nak monetize perlukan 4000 jam watchtime dan 1000 subscribers. Jadi saya perlukan sekitar 900 jam lagi watchour.

Beberapa info berkenaan channel Youtube cikgu zim :

- Aktif sejak hujung Mei 2020
- Youtube channel yang ke-4 (nama channel lain rahsia haha)
- Video pertama upload Mei 2019 tapi dah padam
- Video dan info santai jer buat sebar ilmu dan kenangan. 
- Konten lebih kurang selari dengan blog ni.
- Korang yang baca post ni wajib subs channel ni ye.

Macam mana nak tambah subscriber dan watchour youtube? 

Jawapannya buat, buat dan buat je. Share info yang orang nak cari (walau kadang ade yang syok sendiri hehe) dan info yang ada isi. Share je, boleh juga simpan sebagai kenangan. Elakkan share perkara tak bermanfaat.

Macam mana jana income dari youtube?

Sama macam blog, iaitu iklan google adsense yang dipaparkan. Tak perlu kot lagi cerita panjang lebar pasal ni.

Rezeki kita berbeza, ada orang buat youtube sekejap je dalam beberapa bulan cecah ratus ribu subs. Semuanya bergantung pada kuasa viral dan media sosial sama macam youtuber yang dah terkenal macam Sugu, Mr Kokom, Syahmi Syazli dll. Mereka naik dengan cepat disebabkan beberapa video atau 1 sahaja video yang viral.

Kepada blogger dan youtuber teruskan berkarya dalam menyebarkan info dan ilmu. Elakkan info kontroversi dan melalaikan. 

Jom, subs youtube channel Cikgu Zim ya! 😁 


P/S : Kalau nak subs, pastikan tengok 1 video melebihi 3 minit baru subs ya kalau tidak youtube akan auto unsub anda sebab akan dianggap spam hehe. Nah layan video INi

Update 23/10/2020. Nama channel ditukar kepada CIKGUZIM CHANNEL dan sudah berjaya monetize. 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Wahh tahniah dah melepasi 1000 subs. Bukan senang tu nak dapat

    BalasPadam
  2. tahniah. abe kie cuma ada 55 org je. huhuhu

    BalasPadam
  3. hye follow here..
    tu la saya punya pon slow slow naik..baru nak buat content..heheh

    BalasPadam
  4. Tahniah! Waa.. sy pula watchtime dah okay.. subscribe ja lambat sgat

    BalasPadam