Ni sebab korang kena ada channel Youtube. Jom SUBSCRIBE sekarang!

Korang ada akaun youtube? Mesti ada kan sebab kalau buka gmail dan tengok video youtube korang automatik dah ada channel dan boleh upload video di Youtube.

Orang sekarang ramai dah ada youtube channel sendiri, semua orang boleh buat dan publish video sendiri. Bila korang manfaatkan youtube korang dah macam ada siaran dan stesen TV sendiri.

TV dan astro sekarang tak berapa orang nak tengok dah, cari dalam youtube semua ada. Isu semasa, sukan, video lucu, viral dll. 

Youtube trending masakini..

Dah jadi trend masakini. Korang kalau takde channel dan manfaatkan upload video youtube ni memang dikira agak ketinggalan lah hehe. Selain boleh share ilmu, boleh juga buat duit dari youtube ni.


Saya juga sejak 10 tahun lalu dah ada beberapa channel youtube sendiri. Waktu belum monetize lagi.  Sama macam blog, saya ada lebih dari 1 blog (belas2 kot semua ada niche sendiri 😅). Upload suka-suka untuk koleksi sendiri. 

Sekarang ni lebih seronok buat youtube sebab boleh monetize. So sambil sharing boleh dapat side income sendiri. Tak perlu fulltime atau partime, suka2 time je.

So baru-baru ni saya buka 1 lagi channel youtube yang lebih kepada suka-suka dan selari dengan konten blog ni. So ia takkan kacau 'niche' dalam channel youtube saya yang lain. Niche ni penting supaya cepat berkembang tapi banyak je channel youtuber yang hebat-hebat pun kandungan videonya bercampur-campur. Ada cerita pasal memasaklah, jalan-jalan, tanam2 pokok, bela kucing, melukis-lukis dll.

Jom lawat dan SUBSCRIBE channel saya DI SINI

Beza jadi blogger dan youtuber

Memang beza! Kalau blogger cuma perlu menulis dan upload gambar. Buat video youtube perlukan rakaman, pergerakan, editing, perlu bercakap, konfiden mesti ada.

Tapi takpe semua tu, buat je dan akan jadi biasa. Untuk edit video saya cadangkan guna aplikasi inShot je. Boleh edit video seperti nak combine video, split, letak muzik dan suara latar, subtitle dll yang penting takde watermark.

Ni antara kelebihan bila jadi seorang Youtuber :

-Boleh tunjukkan kelebihan diri. Inilah masa nak tunjukkan bakat atau share aktiviti yang korang suka buat.

-Boleh buat sideincome sampingan dengan adsense bila subscriber dah capai 1000 dan watchour 4000 jam.

- Share untuk kenangan masa akan datang.

- Jimat space dalam telefon. Rakam video banyak guna space! So upload video di youtube, boleh delete file video dalam telefon.

- Senang promote bisnes. Boleh juga share link pada description video. 

- Mudah naik view. Jika kena dengan nasib, ada video yang viral boleh naik subs dan view dengan cepat. Share la benda yang baik2 je. Kalau viral benda tak baik kan tak elok.

- Manfaatkan data youtube. Pelan internet sekarang ada plan data untuk youtube. Manfaatkannya.

Ni cuma antara beberapa kelebihan bila manfaatkan channel youtube. 

Enjoy the process....

Bila korang upload video dan mengharapkan dapat terus view yang banyak anda silap, kita bukan level artis upload video terus dapat view. Ambil masa juga. Kadang seminggu, sebulan mungkin setahun. Ada video dalam channel saya yang lain ada mencecah 5 juta tontonan. Semuanya ambil masa dan bergantung pada setting dan keyword video juga.

Dengan youtube channel ni la sebenarnya kita boleh guna untuk tonjolkan kelebihan diri. Kita akan semakin kreatif nak pikir apa aktiviti yg boleh divideokan. Selain tu kita juga lebih berkeyakinan nak cakap depan kamera. 

Paling penting juga nak generate income supaya boleh la beli barang sikit dan bayar bil bulanan. Best kan bila hobi dan bakat yang kita  tonjolkan dalam bentuk video ni boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan? Syukur boleh bantu2 kita di saat ekonomi merudum ni.

Korang yg takde talent apa2 pun boleh cuba buat youtube channel sendiri. Tak rugi. Takde risiko langsung. Kalau rasa suka memasak walaupun tak jadi, upload je. Kalau suka makan, buat video makan, klu suka bercakap, buat video ulas apa-apa isu. Mesti ada org tengok punya. 

Untuk beginner boleh belajar tutorial di youtube, ada banyak sangat terutama tips jadi youtuber pemula.  Macam saya takde sape ajar, semua explore sendiri. Jiran kita Indonesia ramai yang dah ada subscriber juta2 tambahan mereka sangat supportive untuk subscribe youtuber lain. Di Malaysia ni youtuber2 hebat sedang baru nak sedang berkembang. So apa tunggu lagi..

Korang yg dah lama follow youtuber2 popular mcm Syahmi Sazli, Sugu, dan lain-lain tu cuba start. Kalau tak mulakan memang rugi la sebab ramai org dah start. Jangan tangguh2 "nanti baru aku start". Jeles tau tengok channel kawan sebelah makin berkembang hehe.

Subscribe itu gratisss (percuma je)

Jom lawat dan subscribe channel youtube saya  di LINK INI iaitu INFO CIKGUZIM.

Boleh drop komen dalam video channel untuk saya lawat balik channel korang ye. View mana2 video lebih dari 4 minit (elak spam) baru subscribe elak youtube auto unsubscribe. 

Panjang pula post kali ni..🤣

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. semoga terus sukses..medsoc mmg boleh jana side income, org biasa2 boleh dpt income luarbiasa dan jd femes jg..rezeki dari Allah swt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bila manfaatkan peluang depan mata, sambil suka2... 😁

      Padam
    2. Itulah bila manfaatkan peluang depan mata, sambil suka2... 😁

      Padam
  2. nanti la nak slow2 upload video dlm youtube.

    BalasPadam
  3. youtube saya jadi tempat simpan video anak-anak je. Tapi sejak diaorang dah besar ni jarang upload video. Yang kecik tu ok lagi tak berapa kisah.

    Yang sianak dara tu siap pesan jangan upload. kena fikir nak letak video apa lagi lepas ni. Masak2 dah ramai sangat yang buat.

    Tapi kebanyakan youtuber kat malaysia tak kreatif macam youtuber seberang. Diaorang ada banyak youtuber yang buat video pertukangan, elektrik, tutorial website, macam2 lagi la.. Gamers pun lebih banyak video menarik dari seberang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nisbah utuber dari seberang lbih byk dri kita sbb populasi..rugi xambil peluang ni, utuber malaysia sdg membangun...tpi betul tu bila nk upload video kena hormati privasi org lain juga.

      Padam
  4. peluang untuk buat income melalui youtube

    BalasPadam
    Balasan
    1. wak cuba la, upload video menanam pokok atau ternakan haiwan...ramai suka punya.

      Padam
  5. Malulah nak buat video ehehek

    BalasPadam
    Balasan
    1. blogging cuma menulis, bila tang video ni mmg rasa lain..malu tu ada tpi jdi biasa la nnti haha

      Padam
  6. Saya teringin nak buat.. tapi segaaaaannnn

    BalasPadam
  7. Dah ada youtube sejak 2015 ke bila lupa dah hehehe . Tapi kat situ baru ada dua ketul video hahaha. Takdan masa nak upload video kat Youtube. Tahniah CikguZim, moga terus maju dalam YouTube.

    BalasPadam
  8. Ok KakYa dan subscribe YouTube CikguZim. 600 berapa tadi lupa dah hehehehe ..

    BalasPadam
  9. anak ammi ada plan nak create her own youtube channel..
    tapi ammi bagi syarat kat dia..video yg dihasilkan perlu didalam bahasa Inggeris. Ini utk dia polish skill bercakap dalam bahasa ke2 ni.

    Bila ammi bagi syarat terus terbantut hasrat dia.. hmmmm

    BalasPadam