Cara didik anak supaya rajin solat

Cara didik anak rajin solat 5 waktu.

Malam tadi layan cerita Door to Door Ebit Liew kat astro Prima tak silap. Ustaz jalan-jalan tengah malam jumpa anak-anak muda beri peringatan tentang solat. Rajin betul ustaz ni, berkali-kali ustaz kata jangan lupa solat kalau sayangkan diri dan ibu ayah.

Dengan solat lah kita akan jauhkan diri dari perkara keji dan mungkar. Ini pre-requirement kita sebagai orang Islam.


So dengan tips ini dapat bantu kita untuk didik anak solat dari kecil lagi. Setiap ibu bapa punya cara dan timeline sendiri untuk pastikan anak solat 5 waktu. Ini beberapa tips yang boleh digunakan supaya anak rajin untuk solat.

Sumber : Izyan

1. Terangkan konsep ketuhanan dahulu
Anak anak bijak dia tak suka buat benda tanpa tahu kenapa. Kita suruh dia solat, tapi why? Dia perlu tahu mengapa dia perlu solat.
Mulakan sejak dia mula pandai faham kata kata kita (seawal usia 1 tahun) tentang segala apa yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk dapatkan kasih sayang allah.


Belum perlu untuk cakap soal kewajipan mukmin, rukun islam rukun iman bagai. Semua tu sangat kabur lagi di kepala dia.
Dia akan tanya,
Kenapa allah nak kena sayang kita?


Ini peluang yang sangat baik untuk kita terangkan konsep rezeki.
Fahamkan dia bahawa dia dapat beli toys, pergi kedai beli macam macam semua tu adalah kerana allah bagi rezeki. Kenapa allah bagi rezeki? Sebab allah sayang. Macam mana nak bagi allah sayang? Kita kena solat!
The process to instill this understanding will take years to happen. Jadi ibu bapa perlu keep repeating terapkan konsep 'perlunya kasih sayang allah dalam kehidupan' ini seawal yang mungkin.

2. Slow and easy.
Bila kita telah memulakan proses pertama. Maka ia sudah mudah bagi step seterusnya. Kita perlu wujudkan suasana 'solat is fun'.
Biarkan dia pilih sejadah mana yang dia suka. Kopiah mana yang dia nak pakai. Telekung corak apa yang dia suka. Berapa rakaat yang dia nak solat. Dia nak solat duduk ke, baring ke, sambil gumpal dalam selimut ke, biarkan!
Kalau dia beri alasan letih, beri dia pilihan nak solat duduk ke baring ke.. Dua rakaat aje ke..pandai pandailah.
Buat dia rasa yang allah itu terima solat dia dalam apa jua keadaan asalkan dia berusaha untuk buat allah sayang pada dia.
Jangan sesekali marah dia jika dia solat main main, sambil solat sambil main, atau solat dua rakaat lepas tu kelain perginya. Rileks. Umur dia baru 3 4 tahun. Apa yang perlu kita appreciate pada peringkat ini adalah keinginan dia untuk solat. Sempurna atau tidak itu belakang kira.

3. Terangkan konsep syaitan.
Bila dia dah besar sikit (5 6 tahun) kita boleh intoduce siapakah syaitan.
Buatkan dia faham bahawa syaitan ni memang suruh kita supaya tak solat. Bila kita tak solat, syaitan akan datang dekat kita. Dan allah tak sayang kalau kita ikut cakap syaitan. Kalau allah tak sayang, kaitkan semula dengan konsep rezeki tadi.



4. Sentiasa puji atas kerajinan dia bersolat.
Setiap kali sebelum tidur, sambil kita peluk peluk nak tidurkan dia, beritahu dia allah sayang dia..allah beri dia macam macam rezeki (sebutlah apa yang dia perolehi pada hari itu), sebab dia rajin solat.
Dan sebelum dia tertidur, bisik pada dia esok kita solat lagi ya. ðŸ˜‹

5. Ibu dan bapa harus istiqomah.
Anak anak ini adalah kain putih.
Kita yang corakkan.
Usahalah dengan konsisten, insya allah allah bantu. Bils kita solat, anak pun akan mudah untuk ikut solat sama.
Anak lebih mudah mengikut berbanding mendengar.



6. Bawa ke masjid.
Pilih masjid yang mesra kanak kanak. Biar dia rasa 'fun' berada di masjid. Boleh reward sewajarnya jika dia solat di masjid. Dia nak berlari sana sini tu adatlah, dah nama budak budak. Pandai pandailah kita kawal.

Kesimpulannya mudah, kita sebagai orang dewasa kena main peranan, jika anak lihat kita suka main telefon anak akan ikut main telefon, kalau kita rajin solat anak akan ikut sama bersolat InsyaAllah.

Mudah mudahan kita sama sama boleh dapat manfaat. 

Jom layan video ni. Solat di taman, sekadar hiburan. Doakan anak-anak kita semua rajin solat.. :)

 


#caradidikanaksolat #ajaranaksolat #carasuruhanaksolat #solat #tipsrajinsolat #tipsdidikanak #carasolat

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. semoga anak2 semua
    mendapat hidayah dari ilahi

    BalasPadam
  2. slow2 didik anak2 ke arah menunaikan solat. In Shaa Allah dia pasti ikut...

    BalasPadam
  3. Melentur buluh biar dari rebungnya..

    BalasPadam
  4. parents yang berjaya lentur anak rajin solat ni patut dipuji
    mmg didikan yang superb sangat..

    BalasPadam