Perubahan sukatan pelajaran sains tahun 4 2020

Perubahan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 2020: Bersediakah Anak-Anak Kita?

Hari ini apabila mendapat jadual waktu sekolah sesi 2020 Cikgu telah ditugaskan mengajar Sains Tahun 4... Seperti tahun lepas, debaran mengajar mula terasa menyebabkan Cikgu terus meminjam buku teks sebagai rujukan Cikgu...


Banyak perubahan yang dibuat untuk menambah minat Murid pada Sains.. namun Masa yang diperuntukkan masih sama... Disini ingin Cikgu kongsikan kepada para pembaca perubahan isi kandungan Mata pelajaran Sains Tahun 4 bagi Murid-murid pada Tahun 2020...

Unit 1: Kemahiran Saintifik

Masih menerangkan 12 Kemahiran Saintifik yang sama namun penerangannya lebih jelas dan teratur mudah untuk Guru memberi kefahaman pada murid... Ini dapat dilihat dalam Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi penerangan yang diberikan jelas bagaimana cara mendefinisi secara operasi

Unit 2: Manusia

Jika sebelum ini Unit 2 adalah peraturan bilik sains Namun bagi Sains Tahun 4 bermula tahun 2020 tiada lagi pengulangan tajuk Peraturan bilik Sains.. Dalam tajuk Manusia ini Proses Hidup Manusia diterangkan dengan lebih mendalam dengan menambah isi pembelajaran Kandungan Oksigen dan Karbon dioksida semasa Penafasan

Unit 3: Haiwan

Pada tahun 2020, tajuk Haiwan ditambah isi kandungannya apabila sebelum ini hanya organ penafasan haiwan diajar. Namun ditambah isi kandungan Haiwan Vetebrata dan Invertebrata yang biasanya diajar pada Pelajar Tingkatan 2.. Murid juga akan didedahkan pada Kelas haiwan Mamalia, Amfibia, Reptilia, Ikan Dan Burung

Unit 4: Tumbuh-Tumbuhan 

Seperti tahun-tahun sebelum ini tiada banyak perubahan yang dibuat dalam tajuk ini cuma Termanologi Glukosa diperkenalkan kepada murid-murid..

Unit 5: Sifat Cahaya

Tajuk ini biasanya Cikgu ajar pada murid tahun 5, Namun pada tahun 2020 cikgu akan mengajar murid Tahun 4 tajuk ini... Semua yang terkandung dalam sukatan tahun 5 diajar dan ditambah dengan sifat cahaya Pembentukan Pelangi..

Unit 6: Bunyi

Tajuk baru ini diperkenalkan pada murid sekolah rendah semula.. Tajuk ini biasanya diajar di Tingkatan 2 dan secara asasnya ia dijelaskan dengan cara yang mudah dan boleh difahami oleh murid melalui Eksperimen... Tak sabar Cikgu rasa nak ajar tajuk ini...

Unit 7: Tenaga

Seperti tajuk Sifat Cahaya juga tajuk ini biasanya dipelajari di tahun 5 namun dalam semakan Baru ini murid tahun 4 akan mempelajarinya terlebih dahulu... Tiada penambahan isi yang dibuat bagi tajuk ini...

Unit 8: Bahan

Tajuk ini adalah tajuk yang sama diajar pada murid tahun 4 sebelum ini.. Tajuk Sifat bahan ini diubah cara penerangan nya dimana sifat-sifat bahan tidak lagi diberi definisinya namun diperkenalkan pada murid melalui  ujikaji dan eksperimen...

Unit 9: Bumi

Bagi tajuk Bumi dalam buku Teks Sains Tahun 4 ini,  Pengenalan tajuk baru Graviti Bumi dan ditambah dengan isi kandungan tajuk Putaran dan Peredaran Bumi dalam Tahun 5 KSSR.. Terdapat aktiviti Sains membina Model Simulasi Bumi yang menarik untuk murid-murid laksanakan...

Unit 10: Mesin
 
Tajuk terakhir bagi Sains Tahun 4 adalah Tajuk Terakhir yang sama diajar pada Murid Tahun 6 tahun hadapan... Penerangan yang lebih jelas pada Mesin Tuas dan ditambah pula penerangan pada semua 7 mesin ringkas dan Mesin Kompleks...

Secara Umumnya Buku teks adalah sumber rujukan utama Murid-murid di Malaysia... Isi kandungan buku teks perlu difahami sepenuhnya untuk menjadikan seorang Murid itu dapat menguasai isi pelajaran dengan baik,, Jadi Cikgu kongsikan Gambar Refleksi Minda yang sepatutnya menjadi ringkasan isi pembelajaran bagi setiap Unit Buku Teks Sains Tahun 4... Semoga bermanfaat..

Sumber : cikgu Shahrul
Perubahan sukatan pelajaran sains tahun 4 2020 Perubahan sukatan pelajaran sains tahun 4 2020 Reviewed by cikguzim on 6.1.20 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Selamat bertugas mendidik anak2 bangsa cikgu.

    BalasPadam
  2. Anak saya tahun ini darjah 4.. lelah melihat isi kandungan buku teksnya.. Ada subjek yang dia belajar tu masa zaman saya, saya belajar di sekolah menengah.. Advanced sungguh sekarang nie..

    BalasPadam
  3. πŸͺ΄πŸŒΉπŸͺ΄πŸŒΉπŸͺ΄πŸŒΉπŸͺ΄πŸŒΉπŸͺ΄πŸŒΉ

    SOALAN SAINS GOOGLE FORM

    SOALAN SAINS GOOGLE FORM

    SOALAN SAINS GOOGLE FORM

    SOALAN SAINS GOOGLE FORM


    HARGA: RM 2.10 LEBIH 400 SOALAN

    HARGA: RM 2.10 LEBIH 400 SOALAN

    πŸ’πŸŒΈπŸ’πŸŒΈπŸ’πŸŒΈπŸ’πŸŒΈπŸ’πŸŒΈπŸ’πŸŒΈ

    LAYARI:

    https://shopee.com.my/Soalan-Sains-GOOGLE-FORM-Tahun-4-i.255621882.8415425159

    LAYARI:

    https://shopee.com.my/Soalan-Sains-GOOGLE-FORM-Tahun-4-i.255621882.8415425159

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.