Pertukaran guru suka sama suka 2020 dilakukan secara online

Sumber dari fb Dr Maszlee Malik menteri pendidikan Malaysia. Pertukaran guru secara suka sama suka dibolehkan, maksudnya guru boleh contact dengan guru ditempat yang ingin bertukar. Ada guru in dan ada guru out. Win2 situation lah maksudnya ni.

Dan pertukaran ini boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Cara mohon tukar guru suka sama suka atas talian yang macam mana samada melalui egtukar atau ada website lain belum pasti lagi.

Akan saya update kemudian cara tukar suka sama suka guru secara online setelah mendapat info yang lebih jelas dan sahih dari KPM.

Macam mana nak cari guru yang nak tukar suka sama suka tu? Group fb kan ada, grop cikgu cikgi bahagian pertukaran. Saya lihat ada beberapa grop yang memang aktif. Ada ribuan guru dalam group itu, jangan segan silu untuk kenalkan diri anda. Malu bertanya sesat jalan, malu kenalkan diri tak pindah la anda hehehe...


Berita ini memang ada melegakan dan memberi sinar kepada guru yang selalu gagal bertukar selama ni. Ini macam sisterm trafik la juga ada masuk ada keluar.

Mungkin dengan cara ni akan lebih memudahkan guru nak tukar ke tempat sendiri sebab ada yang bertugas diluar kawasan dah lebih 10 tahun macam Cikguzim hehehe.

Dah 3 sekolah saya bertugas, mungkin bila dah masuk tahun ke 10 ni nak balik bertugas di kampung sendiri dah. Ameen.

Dan harapan 2020 ni moga pertukaran guru ditambah baik dan dipermudahkan, beban tugas guru yang ada unsur perkeranian dihapuskan, meeting lebih masa pun dikurangkan, boleh merotan murid dengan garis panduan yang dibenarkan dll. Fokus pada tugas hakiki guru iaitu mengajar. Sebab mengajar pun suatu tugas yang sangat mencabar zaman kini.....


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Sesiapa guru nak pindah boleh lah cari onlinr

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan dapatlah Cikguzim kembali bertugas di kampung halaman.

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan urusan cikgu zim dan impian menjadi kenyataan. Aamiin 😁

    BalasPadam
  4. bagus juga ni kan, moga cikgu Zim pun dapat lah tukar suka sama suka seperti yang di ingini

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Semoga dengan ini dapat memudahkan dan juga menggembirakan guru yang duduk jauh dari pasangan..

    BalasPadam