Sekiranya diperhatikan, saiz peti sejuk dikebanyakan rumah telah bertambah besar berbanding 20 tahun lalu.
Jika anda memiliki peti sejuk yang besar pastikan ianya TIDAK DIPENUHI dengan stok makanan segera, snek dan minuman yang tinggi gula.
Kajian telah membuktikan, stok makanan didalam peti sejuk merupakan antara faktor persekitaran yang menyumbang kepada masalah kegemukan dalam keluarga.
Ia bagaikan mini pasaraya yang membekalkan akses makanan tanpa henti kepada keluarga. Jadilah ibu bapa yang bijak, kegemukan merupakan faktor risiko kepada penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.
Kanak kanak yang obes juga boleh menyebabkan mereka terdedah kepada bebanan masalah mental dan menjejaskan prestasi akademik mereka.
Rujukan
Emery, C., Olson, K., Lee, V. et al. Home environment and psychosocial predictors of obesity status among community-residing men and women. Int J Obes 39, 1401–1407 (2015) doi:10.1038/ijo.2015.70

5 Ulasan
Perkongsian yang bagus..
BalasPadamSekarang ni perlu bijak mahu memenuhkan peti ais kan..
BalasPadamBetul tu, sama2 lah kita ambil langkah banyakkan minum air masak.
BalasPadamsetuju sangat. fast food dan minuman bergula, yg tu sangat menakutkan T_T
BalasPadamPeringatan ni. Peti kadang penyelamat di tengah malam haha jaga pemakanan kn
BalasPadam