Vivo S1 Pro spesifikasi tinggi dengan harga mampu milik

Fuhh baru lagi lancar vivo s1 Ogos 2019 haritu, sekarang dah keluar lagi model baru. Vivo ada banyak model, S lah, Y lah, dll semua tu tak pernah beli lagi.


Tapi bila tengok spec vivo s1 pro ni macam best juga sebab storagenya besar 128gb rom, dan laju 8b ram, cas laju(fast charging), bateri besar gedabak 45000mah dan gambar cantik sampai gambar selfie depan 32mp. Cuma tiada fungsi kalis air.

Ok ini  berita sumber dari bharian tentang vivo s1 pro Malaysia. Credit goes to bharian : 

SYARIKAT teknologi terkemuka, Vivo melancarkan telefon pintar baharunya, S1 Pro yang menampilkan gabungan teknologi fotografi dengan perisian canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, S1 Pro dijual pada harga RM1,199 dengan dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Fancy Sky.

“S1 Pro adalah contoh sebenar bagaimana kami merekabentuk pengalaman pintar terkemuka dalam industri untuk memenuhi keperluan pengguna golongan muda di negara ini.

“Telefon pintar S1 Pro ini boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 7 Disember ini,” katanya di majlis pelancaran Vivo S1 Pro di sini, hari ini.

Hadir sama, Pakar Produk Vivo Malaysia, Raymond Lee.
S1 Pro didatangkan dengan Kuad Kamera AI 48MP bagi menghasilkan gambar secara profesional.

Ia adalah kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh serta dikuasakan dengan algoritma kecerdasan pintar (AI) yang menyediakan pengalaman fotografi terbaharu dengan kejelasan foto lebih baik.

Sumber artikel : bharian.

Ini adalah spesifikasi vivo s1 pro. 


Dengan harga bagi saya agak mampu milik rm1199, agak murah dengan spec yang macam ni. Murah berbanding samsung note 10 atau s10 atau model iphone yang spec hampir sama dengan harga cecah rm3000! Kalau tunggu beberapa bulan lagi mesti harga jatuh lagi hehehe...confirm....

Cuma kamera selfienya nampak agak tak real, sebab muka akan jadi putih jer, tapi face beauty boleh disablekan.

Aduhh duhh gambar memang cantikkk. Vivo S1 Pro contoh gambar kamera belakang yang memang cantik dan sesuai untuk yang minat fotografi. Tak payah bawa kamera lagi dah zaman sekarang, pakai fon je.


Rekaan belakang Vivo S1 pro yang nampak eksklusif dengan bahagian kamera belakang ada 4 kamera dengan bentuk diamond.

Harap cepat lah turun harganya..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. cantik, menarik tertarik
    harga pun mampu milik

    BalasPadam
  2. Nanti vivo kuarkan phone storage 256Gb barulah abe kie nak tukar hp vivo v11 yg pakai skrg

    BalasPadam
  3. Besar jugak storagenye. Harga pun ok jugak.

    BalasPadam
  4. menarik, cantik sangat... lagi lah orang yang suka mengambik gambar macam akak nih...
    cuma itulah, takde peruntukan untuk beli gadget lagi hehehhe

    BalasPadam