Murid tahun 1 pimpin ibu ayah yang buta pada hari orientasi sekolah

Sentap hari terakhir tahun 2019...
Hari ni terima murid Tahun 1...
Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020..


Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya... yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..😭

Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik..
Kuatnya kamu wahai anak... Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini... 😭

Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat😭

"mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah..."

Mak dia tanya dia.. "mana pondok mak nak tunggu kamu nanti...?"
Dia jawab... "sini la mak... Kat sini..." (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je) 😭

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat..
Kamu yang paling kuat..
Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..😭πŸ’ͺ

Sumber : Nadwa Nasir

Perkongsian kisah ini tular dan sudah berjumlah ribuan kongsian di media sosial...
Murid tahun 1 pimpin ibu ayah yang buta pada hari orientasi sekolah Murid tahun 1 pimpin ibu ayah yang buta pada hari orientasi sekolah Reviewed by cikguzim on 31.12.19 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Semoga Allah sentiasa memberkati anak kecil ini.

    BalasPadam
  2. sedihnya..semoga anak itu berjaya dlm hidup & berbakti kpd org tua..

    BalasPadam
  3. Allahu. sebak sangat. kuasa Allah Taala anak nya sempurna fizikal

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.