Tadi cek email, tak sangka ada email dari LHDN. Email yang dah sekian lama ditunggu sejak April tahun ni. 

Tak mengharap pun dapat claim semula duit tu, iyelah untuk kemajuan negara juga membayar cukai lebih.


1 email ada 2 claim masuk. Syukurrrrr

Sebab untuk cukai tahun 2017 dan 2018 ada kesilapan sikit, akibatnya kena penalti. Terpaksalah bayar denda kt LHDN ni. Kalau lambat bayar lagi lah penalti tu akan bertambah-tambah. Jadi caranya bayor sajalah malas nak fikir.

Setelah buat pembetulan dan menyediakan segala resit2 lama sebagai rujukan untuk minta refund semula sampai give up dan letih dah dengan prosedurnya, akhirnya masuk jugak. 

Ramai kawan yang kes macam ni tapi bila claim semula tak masuk pun huhu.

Mungkin inilah namanya rezeki anak?

Jangan lupa membayar  cukai. Masa isi e hasil nanti semak betul2 maklumat anda dan simpan segala resit yang berkaitan.

Oh ya dah hujung tahun, zakat jangan lupa bayar! Boleh buat pelepasan cukai tu.