Biarpun kita susah atau miskin, tapi....

Ada 5 mesej sangat penting dalam status Alif Satar ini.

1. Biar pun kita susah, jangan biar anak-anak kita mewarisi kesusahan kita.

2. Pendidikan mampu mengubah kehidupan. Sokong anak belajar. Usaha untuk beri pendidikan terbaik buat mereka.

3. Kemiskinan tak boleh menyekat kejayaan. Jangan beri alasan miskin untuk mengabaikan pendidikan anak-anak kita.


4. Jangan malu dengan bidang pekerjaan kita. Asalkan halal, asalkan tidak mengambil hak orang, tidak mencuri tidak merompak.

5. Sara keluarga dengan rezeki yang Halal. Ramai menyuap anak isteri dari rezeki yang syubhah, wang rasuah, riba pelaburan bahkan wang haram. Rezeki yang disuap menjadi darah daging anak dan generasi kita. Ingat tu.

Sikap begini kita perlu contohi dan terap dalam diri. Tak kisahlah ia datang dari kaum India ke, Cina ke, Kadazan ke. Benda baik kita tiru.

Sekeping gambar, seribu bicara, sejuta manfaat bagi mereka yang berfikir.

Sumber : Fadli Salleh

- Inspirasi boleh didapati dijalanan bagi yang memerhati -
Biarpun kita susah atau miskin, tapi.... Biarpun kita susah atau miskin, tapi.... Reviewed by cikguzim on 19.12.19 Rating: 5

3 ulasan:

  1. 5 poin asas kehidupan yang bernas tuk diikuti.

    BalasPadam
  2. Kemiskinan bukan untuk diwarisi
    berusaha, berdoa dan tawakkal
    rezeki ada di mana-mana

    BalasPadam
  3. Sangat setuju dengan apa yang dikongsikan oleh beliau.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.