Anda blogger hebat kalau tak buat perkara ni

Menulis blog merupakan suatu trend yang dah lama. Generasi kini lebih suka menulis dan share gambar di IG dan FB sahaja. Pendek padat dan ringkas. Tapi blog masih lagi relevan di tahun menjelang 2020 ini sebab search engine pastinya akan mudah membawa anda ke blog2 atau pun website berdasarkan keyword tertentu.

Beza berblog dulu dan sekarang, dulu pakai laptop sekarang pakai tab/smartphone. Sebarkan perkara baik...

Tetapi terdapat beberapa tidakan para penulis blog yang mencemarkan kesucian blog dan menyebabkan penulisan blog itu dipandang rendah oleh pihak lain.  Elakkan dari perkara2 ini. Berikut adalah beberapa perkara yang mencemarkan kesucian blogging. Anda blogger hebat kalau tak buat perkara di bawah ini....

1) Plagiarism. Blog copy paste.

Kononnya anda penulis blog yang hebat, ada 3-4 blog dalam jagaan anda yang sering dikemas kini setiap hari. Tapi malangnya setiap post yang anda tulis di semua blog anda itu disalin daripada blog lain. Sekiranya ada artikel dan gambar yang diambil dari blog lain, sila kreditkan kepada tuan punya blog asal.

2) Menulis dengan emosi.

Semua post yang anda tulis dalam keadaan penuh emosi. Tidak dinafikan banyak blog diwujudkan dengan tujuan berkongsi pengalaman hidup atau personal. Tetapi tak semestinya semua post perlu memaki, menyindir seseorang atau mana-mana pihak. Setiap perkara yang anda sebarkan di internet ini sangat mudah diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya. Jangan sampai kenyataan emosi anda di blog anda menyebabkan anda meringkuk di penjara atau sesuatu yang lebih teruk lagi.

3) Besarkan perkara remeh

Semua perkara nak dijadikan isu dan diperbesarkan di blog. Oleh sebab terlalu obses untuk mendapatkan trafik yang tinggi, anda mencetuskan isu yang tak sepatutnya di blog. Padahal isu itu sangat kecil dan tidak patut diperbesarkan, tetapi dengan menggunakan ayat hebat anda, anda berjaya mewujudkan propoganda yang menyusahkan ramai pihak.  Jangan viralkan perkara remeh dalam blog.

4) Update blog setiap jam.

Elak blog dikemaskini setiap masa, jam, setiap minit. Apabila anda menjadikan blog sebagai satu benda yang wajib dan memberi tekanan kepada anda untuk update setiap masa anda hanya akan menghasilkan sesuatu yang tidak berguna. Kemudian ia akan memeberikan lebih tekanan kepada anda bila tiada yang mahu membaca blog anda. Update sekurangnya 3 kali seminggu

5) Spam. 

Semua tempat yang anda pergi anda mempromosi blog anda. Setiap kotak jerit dan ruangan komen pasti tidak akan terlepas daripada cengkaman URL blog anda. Dan perkara ini dilakukan di tempat yang sama berulang kali. Tindakan ini akan menyebabkan orang lain memandang serong pada blog anda dan juga penulis blog yang lain kerana menganggap semua penulis blog adalah penyebar SPAM.

Semoga bermanfaat. Sebarkan perkara baik, yang baik2 akan datang semula kepada kita. Selamat berblog....

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Plagiat memang tak baik. Seelok²nya bila kita ambik artikel dr blog lain letakkanlah kredit. Itu etika sebenar dalam penulisan. Nice sharing 😊

    BalasPadam
  2. thanks for sharing this info.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Sangat bermanfaat dan mengingatkan juga ni.

    BalasPadam
  4. alhamdulilah, saling mengingati. semoga takda terjebak dgn 5 perkara tu

    BalasPadam
  5. Pernah rujuk sesuatu di internet mengenai satu penyakit malangnya info yang ada kebanyakkan dicopy paste dan dari satu sumber juga. Kita ni gigih cari dan baca tiap satu blog. Rupanya isinya sama saja.

    BalasPadam