Adab dan nilai sehelai kain bernama bendera Malaysia



Bagus memakai tanjak. Cuma ramai yang masih tidak faham agak tidak baik jika membuat tanjak dari bahan bendera Malaysia. Ini kerana memotong kain bendera sahaja sudah membawa maksud menghina sebuah negara. Lebih teruk kalau bendera Malaysia dipotong dan dibuat pakaian.


Sepatutnya ibu bapa dan cikgu sekolah yang mendidik anak cara yang betul.
  
20 PERKARA TENTANG RAHSIA BENDERA NEGARA

Prof Abdul Muati Ahmad kongsikan antara 20 perkara yang perlu kita tahu mengenai rahsia bendera dan adab-adab sewaktu mengendalikannya:

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 mlm.

2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Sama ada ia ditatang atau diselipangkan di bahu.

3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dsbnya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.

4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.

6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.

7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan 'spot light'.

8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.

9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.

10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.

11. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong bendera bererti tidak menghormati negara.

12. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stokin atau kasut / selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera. Jangan ikut perangai mereka.

13. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia diikat atau dilekatkan dengan kuat.

14. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalanraya lain. Kita suka pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu merah, benderanya menutup muka penunggang motosikal. Ini sungguh tidak bertimbang rasa.

15. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang sukan tanda kejayaan negara, tapi awas... jangan sampai meleret ke tanah.

16. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit, tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur.

17. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara orang lain. Jika ada rakyat negara jiran yang pijak bendera kita, jangan ikut. Mereka memang tolol. Kita cerdik. Jika kita ikut mereka, kita juga akan dilihat tidak cerdik.

18. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh. Nampak sangat sengkek dan lekehnya kita.

19. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar. Meskipun bendera itu kita beli dangan wang kita sendiri. Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara. Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol maruah negara.

20. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan bendera.

******
Dalam perang, bendera juga dipanggil panji. Jika tangan kanan yang memegang putus dipenggal, wajib disambut dengan tangan kiri. Jika kedua-dua tangan turut dipenggal, wajib digigit dengan gigi. Untuk membiarkan panji perang jatuh ke tanah TIDAK SAMA SEKALI.

Demikian tingginya martabat sebuah bendera negara atau bendera perjuangan kita.

Sumber: Destarmelayu.blogspot
Sumber : Google

"JANGAN MENGUNTING, MEMOTONG, MENCARIK, MEROBEK, DAN MENGHINA BENDERA NEGARA KITA!!!".

Salam merdeka, salam hari jadi saya 29 Ogos! Hehe

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Terima atas perkongsian ini, sebelum-sebelum ini mak mertua rajin jahitkan baju aiyan dengan bendera untuk dijadikan pakaian, tapi sejak tahun lepas selepas ada pihak beritahu tak elok bendera di potong2 di jadikan baju, sya dah tak buat baju aiyan dari bendera. Itu kesedaran dari saya walaupun dh lewat.

    Teringat masa sekolah dulum setiap perhimpunan ada acara menaikkan bendera sambil nyanyian negara ku, paling berdebar bila giliran saya untuk naikkan bendera di depan semua murid-murid, bendera mmg akan di letakkan di bahu sementara kita naikkan talinya.

    Moga kita terus dapat memartabatkan bendera negara kita yg tercinta

    BalasPadam
  2. menariknya...banyak yang saya baru tahu dari entri ni...terima kasih cikgu zim! bendera walaupun nampak remeh dan hanya bendera je pun, tapi nilainya sangat tinggi...

    point no 11 tu saya setuju, lebih elok kiranya baju dibuat daripada warna seakan bendera malaysia daripada memotong bendera untuk dibuat baju...hurmmm...nice idea!

    BalasPadam
  3. Oh, point ini berbeza sedikit dengan point yg sy pernah baca sebelum ini tapi matlamat keduanya sama, hormatilah bendera kita

    BalasPadam
  4. Walau sehelai kain.."bendera"..namun ianya melambangkan sebuah negara.Dari sehelai bendera orang tahu nama negara.Ibarat nama..nak tahu siapa orangnya..kena tahu namanya..macam negara..tengok bendera..tahulah negara mana..bila bendera tidak lagi dihormati..tidak lagi dihargai dan tidak lagi dijaga sebaiknya..oleh warganegaranya sendiri..bagaimana orang lain mahu menghormati negara kita.

    BalasPadam