Salam Isnin. Cuti hari Isnin ni jadi kita pergi bercuti selama 3 hari. Tahun 2019 ni agak banyak juga cuti weekend yang panjang di Sarawak hehe. Jadi kita manfaatkannya untuk bercuti dan merehatkan minda.
Untung la orang bekerja di Sarawak. Dan hari ini hari cuti sempena Hari Sarawak, saya dan keluarga jalan-jalan ke Kuching.
Ber bbq di Annuar Steambot. Ok juga makanan di sana. Booking awal supaya tak letih menunggu orang sentiasa penuh.
Masak jangan tak masak
Stay di Hotel Plaza Merdeka, antara hotel di Kuching yang dekat dengan Waterfront sebelah ada shopping mall senang tak perlu drive kereta lagi sebelah menyebelah je makanan pun ok.
Sebelah malam joging di Waterfront Kuching buat buang lemak-lemak yang dah masuk selama 3 hari kat sini. Setiap malam berdekatan Jambatan Darul Hana ni ada show lampu-lampu.
Posing sikit kat kereta Ketua Menteri hehehe. Yang ni gambar tahun lepas sebenarnya.






3 Ulasan
Untunglah org Sarawak inc keluarga angkat mama Kat Sana. Cuti byk Boleh sambung
BalasPadamSelamat bercuti...
BalasPadamTahun ni memang banyak cuti hari Isnin.
BalasPadam