Tanda, faktor dan simptom kanser hidung



Kenali faktor dan simptom Kanser Pangkal Hidung.

Berikutan semalam Dato Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan beliau dari badminton. Doktor menasihatkan beliau banyak berehat susulan dari penyakit kanser hidung. Lagipun badannya sudah terlalu penat menampung beban dalam bersukan untuk negara.

Sudah sampai waktu untuknya berehat. Tapi saya masih terkejut bagaimana seorang yang berbadan fit, aktif bersukan serta menjaga makan pun tak terlepas dari penyakit kanser. Kenali tanda kanser hidung yang mana dipercayai dihidapi kebanyakan orang berbangsa Cina.

Kanser pangkal hidung atau Nasopharyngeal Carcinoma(NPC) merupakan kanser keempat yang paling banyak di Malaysia. Kebanyakannya dikesan pada golongan lelaki. Kanser ini juga bersifat genetic iaitu keturunan.
Penyebab kanser pangkal hidung masih belum diketahui lagi, tetapi ada pendapat bahawa Virus Epstein-Barr (EBV) adalah salah satu penyebabnya. Selain itu, beberapa faktor risiko lain ialah:

-sering mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, diperap atau dibakar.
-sering mengambil makanan dan minuman panas serta alkohol
-sering menghisap asap rokok, asap ekzos ataupun bahan kimia yang berbahaya (seperti alkali dan petrol)


Simptom Kanser pangkal hidung:

-Hidung sering berdarah atau sering tersumbat seperti selesema yang tidak sembuh
-Sakit tekak yang lama
-Telinga berdengung, rasa sakit pada telinga
-Simptom di mata dan saraf yang berupa sakit kepala, leher dan wajah, penglihatan kabur, mata menonjol keluar
-Gejala metastasis, iaitu pembengkakan kelenjar pada leher (seperti gambar saya yang saya sertakan)

Bagaimana cara mengesan Kanser pangkal hidung?

Biasanya doktor pakar THT (Telinga,Hidung & Tekak) akan melakukan Nasofaringoskopi (iaitu meneropong bahagian nasofarinks melalui hidung). Selain itu, pesakit mungkin disarankan melakukan CT scan ataupun biopsi.

Tahap-tahap kanser pangkal hidung:

Tahap 1: kanser hanya berada di bahagian nasofarinks
Tahap 2: kanser sudah merebak ke kelenjar sisi leher
Tahap 3: kanser sudah merebak ke kelenjar seluruh sisi leher
Tahap 4: kanser sudah sampai ke saraf dan tulang sekitar muka

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Moga Dato LCW dapat fokus kepada kesihatan beliau pula..kalau selama ini gigih menjalani latihan demi setiap perlawanan untuk mewakili negara..mungkin ini salah satu cara beliau berehat.

    BalasPadam
  2. Huhuu semoga dijauhkan...rmai juga yg kena kanser hidung mama.dgr

    BalasPadam