Soalan yang selalu ditanya waktu Hari Raya dan cara menjawabnya

Musim raya ni kalau orang tanya;

Gemuk nampak kau sekarang.
Jawab saja, ya saya makan banyak.

Bila nak kahwin?
Bulan 12 tapi tahun belum tahu.

Dah lama kahwin tapi belum ada anak?
Dah usaha, belum ada rezeki.

Tak dapat kerja lagi?
Dah pergi temuduga, tapi belum dipanggil.

Lama sangat belajar, bila nak habis?
Lagi beberapa sem.

Periksa baru ni dapat nombor berapa?
Keputusan belum keluar.

Kalau ada yang bertanya, jawab saja yang elok-elok. Saya yang anak sorang pun selalu ditanya, bila nak tambah?

Sama ada mereka nak beramah mesra, atau saja nak cari poin mulakan perbualan.

Tak perlu nak stress. Happy happy saja......

Copy paste dari group sebelah.

Takpa makcik bawang, dah standby dengan soalan makcik samada makcik level bawang putih, halia, atau lada hehehe. Sumber gambar: Google

Tapi selalunya bila kita jawab belum rezeki dapat anak, org pun akan bagi komen panjang lebar seperti ini;

" si kiah tu anak dah nak masuk 4. Cepat-cepat sikit dapat anak kalau tak tua-tua nanti takde orang nak jaga"

Si tipah tu dulu kawin terus bunting pelamin. Kamu dulu kawin tapi dia dapat anak dulu. Kenapa tak pergi berubat? Rugi la hidup takde anak. Tak yah la rancang-rancang. Nak takut apa? Anak kan rezeki?"

" orang lain kawin semua dapat anak. Kenapa kamu ni berat sangat nak dapat anak?" ( dengan muka berkerut macam kita ni ada banyk buat dosa besar)

" anak menantu kita semuanya pas kawin dapat anak belaka. Bedah tu haa, tiap- tiap tahun beranak. Kalau bukan sebab kita yang suruh berenti dulu, beranak lg tu..."

" kamu ada saka kot tu yg payah benor nak dapat anak. Pergi la berubat2 dengan ustaz. Nak tunggu bila?"

" Nape tak check doktor kot2 ada apa2. Akak ni haa subur sangat. Nak anak sorg lg boleh sangat2. Kalau tak jaga2, tahun depan dapat lg sorg baby"

" kurus sangat awak ni. Cer makan banyak sikit bagi gemuk sikit. Baru senang nak dapat anak"

Sebahagian contoh sahaja. Ada banyak lg ayat-ayat power yg boleh buat kita tak tidur malam.

Tapi tak apa buat biasa saja dan enjoy your raya k?

Catat Ulasan

1 Ulasan