Akhir Ramadan dan sedekah

Ramadan tinggal beberapa hari saja lagi. Cepat sungguh masa berlalu pergi. Bagaimana amalan sedekah kita? Sudahkah anda bersedekah? Dr Zaharudin ada nasihatnya....

Di saat bersedekah, jangan difikirkan dan diandai-andaikan apa yang boleh dibeli dengan jumlah wang dan harta yang disedekahkan. Nescaya hati pasti lebih tenang dan fahamilah bahawa wang itu sedang 'disimpan' untuk hari yang lebih kekal akan datang.


Ibn Abbas ra menyatakan bahawa,

كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أجْوَدَ النَّاسِ بالخَيْرِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ جِبْرِيلُ عليه السَّلَامُ يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ في رَمَضَانَ، حتَّى يَنْسَلِخَ، يَعْرِضُ عليه النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ القُرْآنَ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عليه السَّلَامُ، كانَ أجْوَدَ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ.

Ertinya : Baginda Rasulullah SAW adalah orang yang amat pemurah. Pada bulan Ramadhan beliau menjadi lebih pemurah lagi khususnya ketika diziarahi malaikat Jibrail, Malikat Jibrail datang setiap malam kepada baginda di bulan Ramadhan sehinggalah berpisah, tatkala jibrail membentangkan/menyemak Al-Quran kepada baginda nabi, dan tatkala ditemui oleh Jibrail baginda terlebih pemurah, malah lebih pemurah lagi berbanding angin yang bertiup. (hadis sahih al-Bukhari)

Sedeqah juga adalah satu jenis amal yang sangat dahsyat sehingga disebutkan oleh Allah swt jika manusia yang SUDAH SAMPAI AJALNYA ITU diberi peluang untuk menangguh sekejap ajalnya, amalan yang PASTI dilakukannya adalah SEDEQAH.

Firman Allah swt

أَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya : Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: ""Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? ( SUrah Al-Munafiqun : 10)

DI AKHIR RAMADHAN INI PELUANG TERBAIK MENGGANDAKAN AMAL DARI BERSEDEQAH..

Sumber : Dr. Zaharuddin 

Catat Ulasan

0 Ulasan