Sembang pasal dunia gusti zaman sekarang - WWE vs AEW

Selalu nonton sukan bola sepak, badminton, hoki dsbnya, kadang boring juga. Sekali sekala layan juga tengok gusti cuma sekarang sukan gusti dah jarang diperkatakan di Malaysia. Tak seperti dulu lagi masa zaman The Rock, Hulk Hogan, Bret Hard dll.. Selain WWE sekarang dah wujud pula AEW......

WWE dan AEW

Ramai yang teruja dengan AEW ppv Double Or Nothing disebabkan kualiti match yang power.


Kalau diperhatikan dengan betul, AEW ni seperti mengunakan platform Klasik WWE. Platform AEW boleh dikatakan seiras dengan WWE Ruthless Aggression Era.

Dalam arena AEW pon terdapat unsur unsur lama WWE, ada pyro, ada smoke (asap) di sekitar audience, spotlight yang agak fade, suara nostalgic commentator Jimm Ross  yang mana semua ni dah x ada lagi di arena WWE new era yang lebih bersifat warna warni, serba moden dan environment yang sesuai dgn semua golongan penonton seperti kanak2 dan wanita decent.

AEW tidaklah seperti promo indie yang lain, dana AEW setaraf dengan WWE kerana Khan adalah tokoh business yang setaraf dengan Vince.

Gimik wrestlers di AEW setaraf gimik gimik wrestler WWE sewaktu era Ruthless Aggression yang mana tidak terlalu aggresif seperti Attitude Era, tapi tidak sopan seperti New Era. Malah Dean Ambrose sendiri pon seperti orang yang berbeza dengan Jon Moxley.

To be fair, WWE merupakan sukan gusti arus perdana yang mana mendapat lesen liputan perdana di Stesen2 television yang official. WWE mesti lah kena patuhi rule2 tayangan seperti tidak mempromosikan keganasan melampau, unsur kelucahan, kesalahan terhadap memukul perempuan, dan perkataan2 yg ditapis dan hanya bersifat hiburan semata mata. Kalau WWE melanggar akta tayangan perdana mungkin lesen channel WWE akan ditarik. NGO di US dan negara europe lebih bersikap vokal secara ektreme dan mengecam sekiranya berlaku unsur2 melanggar hal ehwal kemanusiaan dan mempengaruhi kanak kanak di kaca TV public dan WWE akan berdepan dengan Riot oleh NGO NGO. Jadi, kita pon kena faham dengan cabaran business WWE di era sekarang berbanding dulu kala. Cuma WWE perlu baiki storyline seperti di NXT. 

AEW sebenarnya belom lagi menempuh cabaran selagi tidak launching weekly punya show. Setakat satu PPV belom lagi betol2 uji dan mencabar idea kepala otak creative team AEW lagi. Jadi, nanti kita nilai mcm mana perjalanan AEW nih yg mana boleh ke tiap2 minggu papar storyline yang bagus atau AEW pon akan mati akal utk conclude storyline bila show berjalan secara mingguan seperti WWE.

Vince Russo, orang yang banyak melontarkan idea2 storyline gusti. Tapi idea sahaja tak mencukupi kalau tidak profit-oriented. Walaupun memaparkan rating kualiti match yang meletop, tapi perjalanan business (company) tidak diambil serius, kualiti match sahaja tak menjamin yang company itu akan outstanding. Jadi, memaparkan match yang baik sahaja tidak semestinya akan  membenamkan WWE dalam industri gusti.

WWE terlalu daif dalam booking pada New Era. Sepatutnya WWE x perlu skripkan kelompok jobber wajib kalah dalam match yang mana semua benda boleh dijangka, berbeza dengan era lama yang mana The Rock sendiri pon tewas dengan Jobber kadang kala. Seharusnya setiap wrestler harus dibooking dengan storyline yang kretif. Ramai sekarang hanya tengok ringkasan match WWE di FB sahaja dsebabkan hanya nak tahu intro dan ending, kalau tengok full match and episod mcm tak berbaloi data.

Di AEW pula, Cody and the gang terlalu angkuh membidas WWE, walaupun AEW dan WWE adalah 2 entiti yang berbeza dan tak ada relation, tapi pihak di AEW sering mahu bercakap dan meremehkan WWE di khalayak penonton. Cody berperanan seperti Triple H di WWE. Pihak di WWE tidak telalu sangat mengkritik promotion gusti yang lain secara terbuka. Dalam situasi WWE dan AEW, Ini telah dinasihatkan oleh lagenda Indie AJ Style supaya promosi lain haruslah bersifat memaparkan kelainan disebalik persaingan semata mata supaya tidak mngundang perkara negatif kerana apabila dilihat beberapa star WWE yang meninggalkan WWE ke promosi lain, mereka juga pergi bersama dendam.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. dah jarang tgok gusti skrg. zaman kanak2 n remaja dulu memang la tgok sbb x de hiburan lain.

    BalasPadam
  2. Mula-mula dulu WWF pastu tukar WWE kans... zaman The rock, Triple H, Undertaker dan legend Hulk Hogan sekarang apa pun Mrs. A tak tahu dah

    BalasPadam
  3. dulu masa zmn sekolah rendah tgk la wwf tuh... skrg idok pernah nengok

    BalasPadam
  4. Wahhh.. Baru tau paSal AEW ni. Dulu2 zaman Bred Hart, Hulk Hogan, Undertaker, The Rock, memang kita tak pernah niss, hahahha

    BalasPadam
  5. tak berapa minat dengan sukan gaduh2 ni

    BalasPadam
  6. bapak dan arwah atok antara peminat gusti2 ni...tapi sekarang da kurang da bapak tengok..macam da takde da

    BalasPadam