Cara solat hari raya Aidilfitri / Aidiladha

Dilakukan 2 kali setahun iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kadang kala kita terlupa stepnya. Jom ulangkaji cara solat sunat hari raya. Selamat hari raya 2019!

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari (waktu solat sunat). Solat ini juga disyariatkan agar didirikan secara berjemaah (lebih afdal) di surau, masjid ataupun di kawasan yang lapang dan terbuka. namun ianya boleh dilakukan secara bersendirian. Jadi, ini adalah tatacara untuk solat sunat Aidilfitri sebagai panduan untuk anda.

RAKAAT PERTAMA

1. LAFAZ NIAT
Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat hari raya secara berjemaah:


Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala.

Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara bersendirian:

أُصَلِّى سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً للهِ تَعَالى
Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala.

2. BERTAKBIR
Setelah itu baharu bertakbir dengan “Takbiratul Ihram” dengan menyebut: Allahu Akbar, disertakan dengan niat dalam hati.

3. MEMBACA DOA IFTITAH
Setelah itu sunat membaca: “Doa Iftitah”

4. TAKBIR PERTAMA
Kemudian sunat bertakbir (Allahu Akbar) 7 kali disertakan dengan mengangkat tangan ke paras telinga. Biarkan imam memulakan takbir yang pertama dahulu kemudian diikut oleh makmum.

5. BERTASBIH
Selepas takbir yang pertama – imam dan makmum sunat membaca tasbih dengan perlahan, dengan menyebut:


Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

6. TAKBIR KEDUA
Takbir yang kedua yang diiringi dengan tasbih di atas kecuali takbir yang ke tujuh, kerana selepas itu imam akan membaca surah al-Fatihah.

7. MENERUSKAN SOLAT HINGGA SELESAI RAKAAT PERTAMA
Surah al-Fatihah akan diikuti dengan surah pilihan, sama seperti solat fardhu sehingga rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

*Menurut Mazhab Syafie, sunat membaca Surah Qaf pada rakaat pertama dan Surah al-Qamr pada rakaat kedua. Antara surah-surah lain yang dianjurkan ialah Surah al-A‘ala dan al-Ghashiah, atau Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas seperti yang dinyatakan dalam Sahih Muslim.

RAKAAT KEDUA

1. TAKBIR PERTAMA
Sebaik masuk rakaat kedua, perkara yang pertama sekali dilakukan oleh imam dan makmum ialah bertakbir 5 kali.

2. BERTASBIH
Takbir ini diselangi dengan tasbih seperti yang dilakukan dalam rakaat pertama.

3.BACA AL-FATIHAH
Seperti dalam rakaat pertama, selesai sahaja bertasbih imam akan membaca surah al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.

4. TERUSKAN SOLAT HINGGA SELESAI
Kemudian meneruskan sembahyang sehingga selesai rakaat kedua. Dengan ini sempurnalah sembahyang hari raya “Aidilfitri” yang akan diiringi dengan khutbah.

ADAB MENDIRIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI/AIDILADHA

1. Menjamah sedikit makanan terutama kurma sebelum keluar bersolat sunat hari raya.

2. Sebaiknya berjalan kaki ke masjid jika jaraknya tidak terlalu jauh.

3. Pergi ke masjid dan pulang menggunakan jalan yang berbeza.

4. Mendirikan solat dengan khusyuk dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

5. Bertahlil secara berjemaah selepas solat sunat Aidilfitri.

6. Banyak memuji kebesaran Allah SWT.

7. Bersalam-salaman dan memohon kemaafan sesama insan selepas mendirikan solat.

Rugi tak pergi solat hari raya, lepas solat jom berayaaa... 😁

Sumber : tazkirah.net

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ok da rasa semangat nak beraya..😍😍

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian. memang tiap2 tahun kena rujuk semula sebelum gi solat sunat aidilfitri.

    BalasPadam