Kempen terima kasih cikgu oleh McD, kenapa saya kurang bersetuju?



Selamat hari guru 2019. Sempena hari guru ini McD ada menawarkan kupon percuma kepada semua guru untuk ditebus di kedai McD berdekatan. Saya agak kurang bersetuju KPM membenarkan syarikat makanan ringan dipromosikan diperingkat sekolah. 


Ini akan mengelirukan murid, guru dalam kelas dan ketika perhimpunan menitik beratkan pemakanan sihat tapi dalam masa yang sama makan makanan ringan. Ini sesuatu promosi yang kurang sihat pada pendapat saya sebagai seorang guru.


Apapun terima kasih McD. Selepas ni harapnya banyak lagi syarikat korporat dan individu yang sudi memberikan sesuatu yang istimewa kepada cikgu-cikgu sempena Hari Guru 2019.

Ataupun, boleh juga dicadangkan ketika hari guru buat promosi dan program untuk hidup sihat seperti pakej kurus/ coaching untuk jadi kurus kepada guru-guru  secara percuma kerana ramai guru yang agak besar badannya. Guru sihat dan cergas murid pun ceria.

Jom jadi guru yang  kurus dan sihat

Ini cuma cadangan saja, tujuannya untuk guru semua sihat dan gembira. Mungkin juga sempena hari guru juga boleh diberikan tiket wayang dan tiket ke taman tema, atau baucer dan diskaun untuk makan di restoren dan di hotel. Tiket penerbangan dengan harga yang rendah hatta kepada tawaran istimewa membeli belah di pasaraya sempena Hari Guru pun boleh. Hehe.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. saya dapat juga kupon Mcd tu, tapi tak sempat nak redeem pun.Bagi saya masa atau tempoh untuk buat redeem tu singkat, lebih baik kalau dipanjangkan sehingga hujung tahun..bukan semua guru tinggal di bandar atau pekan yang ada restoran MCd.Ada yang lokasinya jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pn beri pd kwn sj sbb tmpt sy tinggal mmg tiada mcd..ramai kwn guru yg jauh di pedalaman sana pn xdpt redeem. Agak singkat masa yg diberi utk redeem.

      Padam