Jawatan kosong guru interim Sarawak 2019


PENGAMBILAN GURU INTERIM 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 
TAHUN 2019


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Sarawak.

Nama Jawatan : Guru Interim
Tempoh Interim : Tiga (3) tahun sahaja

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Sihat tubuh badan;
1.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Ogos 2019;
1.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut PendidikanTinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
1.5 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

1.6 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
1.7 Keutamaan akan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Tarikh mula pengisian atas talian: 31 Mei 2019
Tarikh tutup permohonan: 12 Jun 2019 sebelum jam 11.59 pm

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun iklan pengambilan guru interim di http://bit.ly/iklanguru2019

Pengisian Borang atas talian di http://bit.ly/guruinterim2019

Nota : Interim bermaksud sementara, jawatan ni memang sesuai untuk fresh graduate nk cari pengalaman kerja terutama yang bercita-cita nak jadi cikgu. Tak rugi cuba
Jawatan kosong guru interim Sarawak 2019 Jawatan kosong guru interim Sarawak 2019 Reviewed by cikguzim on 31.5.19 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Salam kunjung semula...

    mula2 baca tu terpikir apa lah maksud guru interim nih, terus laju2 google n dh paham maksudnya

    Bagus juga kalau memohon jd guru interim nih ya, mana2 yg ada kelulusan kalau belum dapat kerja lagi, cuba2 mohon jd guru interim kalau berjaya boleh juga dpt tambah pengalaman kn

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.