Apa itu macau scam? Hati-hati panggilan telefon tak dikenali


Kita lihat berita zaman sekatang ramai orang kena tipu dengan macau scam. Yang kena tipu tu bukan calang orang ada guru, nurse, pegawai bank, lecturer pun ada. Kenapa boleh jadi macam tu? Scammer memang seorang berbakat menipu.


# APA ITU MACAU SCAM (Telephone Scam/Penipuan Melalui Panggilan Telefon)?

KECANGGIHAN  teknologi masa kini, pelbagai taktik jenayah akan diterima walaupun ia tidak sama sekali diundang.

Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar taktik penjenayah yang menggunakan panggilan telefon untuk menipu mangsa.

Tidak dinafikan mangsa akan mudah ditipu dan ianya merupakan sejumlah angka yang besar dan tidak masuk akal.

Berikut adalah cara-cara sindiket beroperasi.

# i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. Setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

# i) Menyamar pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap, pengubahan wang haram dan pengedaran dadah). Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

# iii) Menyamar pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit / pinjaman)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit / pinjaman. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang dalam simpanan ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

# iv). Tipu culik dan minta wang tebusan*

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

# v)  Tipu Terlibat dalam kemalangan maut langgar lari.

Sindiket akan menyamar sebagai pegawai Mahkamah atau pegawai Trafik mendakwa kenderaan atas nama mangsa telah melanggar seseorang mati dan melarikan diri. Namun bicara dilangsungkan dan waran tangkap akan dikeluarkan. Mangsa didorong menyerahkan sejumlah wang agar waran tangkap dibatalkan. Pihak sindiket akan mengarahkan mangsa masuk wang kedalam satu akaun kaldai. 

Kepada individu yang yang pernah mengalami kejadian sebegini, bolehlah rujuk di balai polis berdekatan untuk mendapatkan kesahihan dan kebenarannya.

#PESANAN

Berwaspada dengan setiap panggilan yang diterima. Ini penting bagi mengelakkan anda ‘berputih mata’ apabila wang anda hangus begitu sahaja.

Boleh juga install true apps pada fon anda supaya dapat lihat siapa yang sedang menelefon anda. Kalau nombor tak kenal. Sedikit membantu.

Sumber FB

Catat Ulasan

0 Ulasan