Mendidik serta membesarkan anak memang bukan perkara yang mudah. Pada tahap pembesarannya, anak kerap kali melakukan kesalahan sebagai proses belajar.
Sebagai ibu bapa, ada kalanya perasaan kesal menghampiri kerana kelakuan si buah hati. Perasaan kesal ini juga bisa bercampur dengan kemarahan, yang pada akhirnya membuat mereka memberikan hukuman kepada anak.
Ibu bapa menghukum dengan tujuan agar anak menyesal dan pada akhirnya berubah menjadi lebih baik. Namun pada kenyataannya, banyak hukuman yang menyakiti si anak.
Kredit : Ummu Aisyah
Cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam. Marilah kita sama berkongsi info bermanfaat. Peringatan untuk diri sendiri juga.
Dilarang memukul wajah. Kajian mengatakan jika pukul pada wajah seperti menjentik, menampar akan membuat anak lebih degil dan sukar dikawal. Elakkan lah menyentuh bahagian muka ketika marah.
Jangan menampakkan kemarahan yang amat sangat. Marah yang biasa je pada ekspresi muka. Ingatlah kita sedang berdepan dengan anak kecil yang suci dan kitalah yang membentuknya. Ia juga akan merendahkan keyakinan diri anak pada masa akan datang.
Janhan pukul dalam keadaan sangat marah. Jika marah ketika berdiri, cubalah duduk dan sebaliknya. Ia akan meredakan kemarahan. Ingat, kita sedang berdepan dengan anak kecil yang suci dan tak mengerti apa2. Kawal kemarahan anda. Marah itu bisikan syaitan, banyakkan berwuduk dan membaca quran. Bila kemarahan dah reda, perasaan yang muncul ialah penyesalan yang tak sudah.
Elak bersikap keras dan kasar. Insyallah jika kita berlembut, lembut lah hati anak dan mudah mendengar kata.
Kasihan, kenapa nak pukul hingga berbekas. Jangan pukul dengan benda keras hingga berbekas. Cukup pukul sekadar untuk menakutkan mereka sedikit. Guna hanger contohnya atau guna rotan. Pukul dari lutut hingga ke kaki.
Banyak lagi tips mendidik anak yang akan dikongsi. Didiklah anak dengan penuh kasih sayang. Melentur buluh biar dari rebungnya......
Ini anak sulung saya, didoakan supaya sesiapa yang membaca doa ni mengaminkan doa saya supaya anak2 saya sentiasa lembut hati, mendengar kata, mengasihi mama ayah, rajin mengaji dan solat serta berjaya dunia akhirat. Aaaamin ya Rabb.......
Catat Ulasan
0 Ulasan